Mediaklik

MOHON BANTUAN BIASISWA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SEHINGGA RM600


Biasiswa ini diperkenalkan sejak tahun 1983 dan diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah bantuan kerajaan di Negeri Pahang. Namun permohonan kali ini dibuka hanya untuk pelajar Tingkatan 6 Rendah sahaja.

Keutamaan kepada anak Pahang dengan tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta PPRT. Bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.





KADAR BANTUAN


Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap Januari dan Mei dengan kadar bantuan berjumlah :


RM600 setahun : Murid tingkatan 1 hingga 5 

RM600 setahun  : Murid tingkatan 6



TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 16 Ogos sehingga 17 September 2021


SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia.

2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.

3. Pemohon/ibu/bapa lahir di negeri Pahang

4. Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.

5. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.

6. Keutamaan diberikan kepada Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.

7. Murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum

8. Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja

9. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.

10. Murid yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan



CARA PERMOHONAN

Bagi pelajar yang memenuhi syarat kelayakan, sila buat permohonan melalui sekolah masing-masing dan hadir ke Pejabat ADUN berdekatan.


Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Yayasan Pahang di alamat dan talian berikut:

Yayasan Pahang,
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-5181800
Fax: 09-5181888 

atau

e-mail: ypahang@yp.org.my


Add comment