Mediaklik

MOHON BANTUAN BAKUL MAKANAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA DENGAN SATU PANGGILAN SAHAJA!


Kerajaan sedar bahawa barangan keperluan asas amat penting bagi golongan yang memerlukan. Oleh itu, pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM300,000 kepada setiap Ahli Parlimen sebagai tambahan khusus bagi tujuan Program Bakul Makanan selain Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas Covid-19 (BKC).

Individu yang memerlukan bantuan bekalan makanan tidak perlu bersusah payah lagi, Ahli Parlimen anda sedia berkhidmat hanya dengan SATU PANGGILAN TELEFON sahaja. Keperluan bakul makanan ini amat penting bagi rakyat yang terjejas akibat pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi kelangsungan hidup pada hari-hari mendatang.





OBJEKTIF BANTUAN BAKUL MAKANAN

Objektif Bantuan Bakul Makanan adalah seperti berikut:

1. Keperluan asas diberikan kepada anda yang memerlukan dengan harapan dapat meringankan beban penerima bantuan yang berkelayakan.

2. Sebagai salah satu acara sokongan sosial oleh kerajaan Malaysia terhadapa anda.

3. Sebagai bantuan sementara untuk kadar kelangsungan hidup dan kesejahteraan rakyat dapat dibantu.




CARA PERMOHONAN BANTUAN BAKUL MAKANAN

Permohonan bakul makanan boleh dilakukan secara individu ataupun secara berkumpulan bagi mereka yang tinggal dalam komuniti tertentu. Terdapat 2 kaedah yang disediakan untuk membuat permohonan iaitu : 



Melalui Panggilan Telefon

Semak senarai nombor telefon semua Pusat Khidmat Ahli Parlimen setiap kawasan di bawah :




Melalui Atas Talian

1. Sila layari laman web berikut : jkm.gov.my

2. Pergi ke bahagian Bantuan Bakul Makanan dan isi borang tersebut

3. Hantar borang yang lengkap diisi melalui emel

4. Permohonan anda selesai dan akan diproses dalam tempoh 30 hari masa bekerja



Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi JKM atau Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen di kawasan masing-masing.

Add comment