Mediaklik

[ISI BORANG SEKARANG!] BANTUAN KHAS AKAN DISALURKAN KEPADA PARA IBU TUNGGAL SELURUH MALAYSIA


Melalui insentif PENJANA yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 lalu, Bantuan Khas Ibu Tunggal telah disalurkan sebanyak RM300 secara one-off akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak.

Memandangkan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah membuka permohonan bantuan pada tahun ini, semua kaum wanita yang berstatus ibu tunggal diminta untuk mengisi Borang Profiling Ibu Tunggal 2021.

Pihak JPW membuka Borang Profiling ini adalah bertujuan untuk mengumpul semua data mengenai ibu tunggal di Malaysia bagi memudahkan proses bantuan disalurkan.





KATEGORI PEMOHON

Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), berikut merupakan definisi KPWKM dalam mengambil kira ibu tunggal:

  • Warganegara Malaysia
  • Taraf perkahwinan balu atau bercerai dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
  • Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin.
  • Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak sah taraf) 

Oleh itu, jika seseorang wanita itu tergolong di dalam salah satu kriteria di atas, maka mereka layak dipanggil ibu tunggal dan layak untuk menerima bantuan ibu tunggal.



TARIKH PENGISIAN BORANG PROFILING IBU TUNGGAL

Tempoh pengisian borang profiling adalah sehingga :

  • pada 5 Julai 2021



BORANG PROFILING IBU TUNGGAL 2021

Pengisian borang profiling ibu tunggal 2021 ini boleh dilakukan secara online melalui laman web berikut :


Pihak Kementerian berharap dapat mengatur gerak tindakan yang lebih sistematik dan berkesan bagi membantu memperkasakan ibu tunggal di Malaysia.




MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui jika permohonan akan dibuka semula buat tahun berikutnya beserta lain-lain aktiviti yang diadakan untuk pembangunan wanita, sila layari :

Laman web : jpw.gov.my
Laman Facebook : Jabatan Pembangunan Wanita
Emel : infojpw@jpw.gov.my

Add comment