Mediaklik

MOHON BANTUAN ANAKKU SEBANYAK RM100 KEPADA SETIAP KELAHIRAN BAYI


Kerajaan Negeri Kedah pada 10 Oktober telah melancarkan program ‘Anakku Sejahtera’ dengan pembiayaan RM1 juta diperuntukkan untuk diberi kepada setiap anak yang lahir di negeri ini mulai 1 Januari hingga 31 Disember tahun 2021.

Menurut Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, program itu inisiatif kerajaan negeri bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah di Kedah.










KADAR BANTUAN

Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk Tabung Simpan SSPIN Prime yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i.

  • Jumlah RM100 setiap orang



SYARAT KELAYAKAN

1. Bayi mestilah warganegara

2. Bayi dilahirkan di Kedah dan ibu atau bapa lahir di Kedah

3. Mestilah bermastautin di negeri Kedah melebihi 10 tahun

4. Pemohon berpendapatan isi rumah RM3,000 sebulan dan ke bawah

5. Bantuan untuk setiap anak yang lahir di negeri Kedah mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2021




CARA PERMOHONAN

Kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan, boleh dapatkan borang permohonan dan maklumat lanjut mengenai program itu di:

  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran

Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat dan proaktif untuk membantu rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan secara holistik dan matlamatnya adalah memastikan anak-anak tidak mewarisi kemiskinan keluarga.

Seperti dinyatakan Pengerusi PTPTN Datuk Wan Saiful Wan Jan, Simpanan SSPN Prime ini menawarkan pelbagai keistimewaan dan kelebihan kepada pendeposit antaranya menikmati pemberian dividen sangat kompetitif, perlindungan takaful percuma dan pemberian geran sepadan hingga RM10,000 untuk keluarga yang layak.

Add comment