Mediaklik

[MAIWP] BANTUAN AIDILFITRI BERJUMLAH RM700 SEORANG KEPADA GOLONGAN ASNAF SERAMAI 29,400

KUALA LUMPUR – Seramai 29,400 asnaf di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan menerima bantuan Aidilfitri Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berjumlah RM700 seorang yang disalurkan bermula Rabu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bantuan itu melibatkan peruntukan RM20.3 juta yang dijangka dapat meringankan beban golongan itu dalam menyambut Aidilfitri pada minggu ini.



BANTUAN AIDILFITRI BAITULMAL MAIWP

Bantuan Aidilfitri Baitulmal MAIWP merupakan salah satu daripada 30 skim bantuan yang disediakan dan saya berharap MAIWP dapat melaksanakan agihan kepada penerimanya dengan cepat mengikut keperluan asnaf.



GOLONGAN SASARAN YANG LAYAK

Bantuan Aidilfitri ini melibatkan seramai 29,400 asnaf di :

  • Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya


KADAR BANTUAN 

  • RM700 seorang


TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN AIDILFITRI

Bayaran Bantuan Aidilfitri akan dikreditkan ke akaun penerima Bantuan Kewangan Bulanan sedia ada secara berperingkat bermula :

  • 5 Mei 2021


Bantuan Baitulmal itu, MAIWP turut menyalurkan bantuan Aidilfitri sebanyak RM300 kepada penghuni institut di bawah MAIWP iaitu 420 pelajar Darul Kifayah, 250 pelajar Institut Kemahiran Baitulmal dan 38 pelatih Dar Assaadah.

Pada program itu, MAIWP turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM500 kepada 100 ketua keluarga, hasil sumbangan Lembaga Tabung Haji serta bantuan makanan keperluan oleh QSR Brands dan Pasta Panas.

Add comment