Mediaklik

[GKP TAMBAHAN] SEMAKAN STATUS & KEMASKINI AKAUN BANK BAGI YANG BERSTATUS ‘GAGAL KREDIT’


KUALA LUMPUR: Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang masih belum menerima bayaran GKP Tambahan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) disarankan untuk membuat semakan status pembayaran.

GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang tidak menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Bagi penerima GKP yang berstatus Gagal Kredit, mereka dikehendaki mengemas kini maklumat akaun bank mereka dengan segera bagi membolehkan urusan pembayaran semula dilakukan.





TEMPOH KEMASKINI AKAUN BANK

Penerima Geran Khas Prihatin 1.0 dan 2.0 perlu mengemaskini maklumat akaun bank pada :

  • 5 Mei 2021 sehingga 19 Mei 2021



PENERIMA YANG PERLU KEMASKINI

Penerima yang perlu kemaskini maklumat akaun bank bagi penerimaan GKP Tambahan adalah :

  • Akaun bank bagi permohonan GKP 1.0 dan GKP 2.0 Tidak Aktif
  • Status pembayaran GKP 1.0 DAN 2.0 adalah Gagal Kredit


NOTA : 

  1. Maklumat akaun bank perlulah akaun bank simpanan peribadi atau akaun bank semasa peribadi pemohon
  2. Pastikan nombor akaun bank masih Aktif

CARA KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK

Berikut merupakan langkah-langkah kemaskini akaun bank :

  • Klik LOG MASUK 
  • Masukkan ID pengguna dan klik SEMAK
  • Sahkan kod keselamatan dan klik YA
  • Masukkan kata laluan dan klik LOG MASUK
  • Klik Menu Kemas Kini Akaun Bank
  • Masukkan nombor akaun bank yang aktif

SEMAKAN STATUS GKP TAMBAHAN

Semakan status GKP Tambahan boleh dilakukan melalui pautan berikut: 
MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :

Talian : 03 8911 1000 / 1100
Emel : gkp@hasil.gov.my

Add comment