Sudah sedia maklum bahawa RM500 sebulan daripada pengeluaran i-Lestari ini sangat berguna kepada ahli untuk menampung kos sara hidup harian. Pengeluaran i-Lestari telah berkuatkuasa pada tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. Jika anda berminat untuk membuat pengeluaran i-Lestari, anda masih boleh melakukan permohonan baru sekarang.
Namun, bagi ahli yang berhasrat untuk menghentikan pembayaran i-Lestari, anda boleh lakukan secara talian untuk membatalkan pengeluaran.
BACA JUGA : I-LESTARI KWSP : TARIKH PEMBAYARAN I-LESTARI KWSP RM500 BERMULA FEBRUARI 2021
Berikut merupakan maklumat mengenai permohonan baru dan pembatalan pengeluaran i-Lestari :
CARA MEMBUAT PERMOHONAN BARU I-LESTARI
Kepada yang ingin membuat permohonan baru, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah :
- Layari pautan https://ilestari.kwsp.gov.my/submit-request.php
- Isikan maklumat peribadi yang lengkap
- Klik ‘SAYA BUKAN ROBOT’ (CAPTCHA)
- Klik Hantar
Sila pastikan maklumat yang telah diisi adalah tepat dan muktamad bagi mempermudahkan proses KWSP. Semakan status boleh dilakukan dalam tempoh 2 hari selepas permohonan telah dilakukan.
CARA MEMBATALKAN PENGELUARAN I-LESTARI
Kepada yang ingin menghentikan pengeluaran i-Lestari, boleh ikuti langkah-langkah dibawah :
- Layari pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/ilestari/cancellationOnline?0
- Sila isi maklumat pembatalan yang ditetapkan dengan lengkap
- Klik ‘SAYA BUKAN ROBOT’ (CAPTCHA)
- Klik Semak
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Untuk keterangan lanjut tentang i-Lestari KWSP, sila layari ke laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/home
Add comment