Mediaklik
EGUMIS 2023 : Cara Semak Wang Tidak Dituntut Secara Online

EGUMIS 2023 : Cara Semak Wang Tidak Dituntut Secara Online

EGUMIS 2023 adalah merupakan sebuah portal bagi setiap individu membuat semakan sama ada mempunyai wang tidak dituntut (WTD) atau tiada. Untuk makluman, setakat Mac 2023 berjumlah RM11 bilion wang tidak dituntut yang belum dituntut dan ini bermakna ramai lagi yang masih belum membuat semakan.

EGUMIS 2023 (SEMAKAN WTD)

Bagi pengetahuan umum, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah menyediakan portal EGUMIS 2023 untuk memudahkan rakyat untuk membuat semakan wang tidak dituntut. WTD ini adalah wang yang perlu dibayar kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam tempoh masa lebih dari 1 tahun.

Wang dalam kredit sesebuah akaun yang tidak dikendalikan dalam tempoh 7 tahun oleh individu juga termasuk dalam senarai. WTD ini boleh datang dari pelbagai sumber wang yang sepatutnya diberikan kepada pemilik.

CARA SEMAK WANG TIDAK DITUNTUT (EGUMIS)

Kepada mereka yang belum pernah membuat semakan, panduan cara semak wang tidak dituntut telah disediakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi EGUMIS ANM – DI SINI
  2. Kemudian daftar pengguna secara online
  3. Log masuk menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan
  4. Kemaskini maklumat pengguna
  5. Anda perlu tekan ”Klik Di Sini Untuk Carian Wang Tidak Dituntut”
  6. Semakan WTD dilakukan melalui nombor kad pengenalan

Sekiranya mempunya WTD yang boleh dituntut, maklumat akan dipaparkan dan tuntutan boleh dilakukan oleh individu. Proses pembayaran akan dilakukan apabila dokumen lengkap telah disahkan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat terperinci berkenaan WTD ini, sila hubungi talian pejabat di – 03 2056 8000 atau hantar emel ke Pentadbiran sistem egumis di maklumbalas.tuntutan@anm.gov.my.

INFO LEBIH LANJUT

Kerajaan perpaduan pada tahun ini telah menyediakan bermacam jenis insiatif dan kemudahan bagi meringankan beban rakyat terutama yang memerlukan. Sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk info lengkap.

Add comment