Mediaklik

CARA MEMOHON PRIHATIN SUBSIDI UPAH 2.0 BAGI MEMBANTU MAJIKAN SERTA PEKERJA

               

Program Subsidi Upah RM600 Kekal , Dinaikkan Ke RM800 Dan RM1200 Sebulan Bagi Membantu Pekerja Dan Majikan

Program Subsidi Upah merupakan salah satu perluasan kepada Program Pengekalan Perkerjaan iaitu bantuan kewangan segera bagi membantu para majikan yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak separuh gaji asal agar dapat mengekalkan pekerja yang bergaji RM4000 dan ke bawah

Majikan perlu membuat tuntutan bagi pihak pekerja tersebut bagi pelaksanaan Program Subsidi Upah yang diumumkan kerajaan pada 27 Mac lepas iaitu pemberian RM600 kepada pekerja setiap bulan selama 3 bulan . Pemberian RM600 ini khas untuk majikan yang mempunyai lebih daripada 200 orang pekerja yang digajikan
Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga 200 orang , syarikat tersebut akan terima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap seorang pekerja 
Akhir sekali, bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang sahaja , syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1200 bagi setiap pekerja. Melalui penambahbaikan ini, syarikat-syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata majikan yang menuntut tidak dibenarkan membuang pekerja tersebut, memotong gaji mereka, mahupun mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji tempoh 3 bulan selepas program ini dilaksanakan
Berikut adalah perkongsian mengenai syarat syarat kelayakan permohonan, cara untuk memohon dan kaedah pembayaran dilakukan

Program Subsidi Upah 2.0 

Bagi membantu para majikan yang telah terjejas akibat pandemik covid 19 , Perdana Menteri  juga mengumumkan :

Kaedah Pembayaran 

  • Bayaran perlu dikreditkan terus ke dalam akaun bank pekerja mereka dalam tempoh 7 hari maksimum selepas menerima bayaran daripada PERKESO
  • Bayaran bagi pekerja yang layak mendapat bantuan dibawah insentif ini akan dilaksanakan melalui majikan

Cara memohon 

  • Permohonan perlu dikemukakan oleh majikan bagi pihak pekerja mereka bermula pada 1 April 2020 melaui laman web rasmi PERKESO
  • Pekerja tersebut akan menerima bantuan ini selama 3 bulan iaitu sebanyak RM600 setiap bulan. Untuk maklumat lanjut sila emelkan pertanyaan anda ke perkeso@perkeso.gov.my atau sia layari laman web rasmi PERKESO

Add comment