Mediaklik
Bayaran Bantuan SARA Julai Dikreditkan RM50 & RM100

Bayaran Bantuan SARA Julai Dikreditkan RM50 & RM100

Bayaran Bantuan SARA Julai ini dikreditkan pada kadar RM50 & RM100 kepada penerima STR kategori isi rumah, bujang dan warga emas miskin tegar.

Seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan, SARA adalah merupakan lanjutan daripada program STR 2024.

Bayaran Bantuan SARA Bulan Julai 2024

Program pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan memberi manfaat kepada 700,000 penduduk Malaysia yang terdiri daripada penerima STR tahun ini.

Skim SARA adalah bantuan kredit yang mana boleh ditebus dan digunakan dengan cara pembelian barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh negara.

Dalam sidang Belanjawan 2024, penerima STR yang berkelayakan akan menerima pengkreditan bantuan SARA secara terus ke dalam mykad.

Bagi pembayaran SARA bulan Julai ini, bantuan RM50 dikreditkan kepada kategori bujang, manakala isi rumah dan warga emas dikreditkan pada nilai RM100 dan pembayaran akan diteruskan sehingga bulan Disember 2024.

Kadar Jumlah Bayaran Bantuan SARA 2024

Kementerian Kewangan telah memberitahu bahawa setiap kategori akan dikreditkan bantuan SARA pada kadar yang telah ditetapkan seperti di bawah :

  • RM1,200 setahun : Penerima STR kategori Isi rumah & Warga emas (Miskin / miskin tegar)
  • RM600 Setahun : Penerima STR kategori bujang (miskin / miskin tegar)
  • RM300 Setahun : Penerima STR kategori isi rumah (bukan miskin / miskin tegar)
  • RM150 Setahun : Penerima STR kategori bujang & warga emas (Bukan miskin / miskin tegar)

Semakan Status Penerima Bantuan SARA 2024

Jika kalian merupakan penerima sedia ada STR, semakan kelayakan boleh dilakukan bagi mengetahui sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan Sumbangan Asas Rahmah. Untuk semakan secara dalam talian, sila rujuk di laman rasmi bantuan – SARA MyKASIH

Nota : penerima negeri-negeri di semenanjung Malaysia akan dikreditkan ke dalam mykad. Manakala penerima negeri Sabah, Sarawak dan Labuan akan menerima bayaran 2x setahun secara tunai BSN.

Informasi Lebih Lanjut

Selain SARA, pelbagai jenis bantuan-bantuan dan program kemudahan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi menangani masalah beban kos sara hidup rakyat B40. Sila semak – SENARAI BANTUAN yang ada dan berkelaykaan untuk anda mohon.

Add comment