Mediaklik

BANTUAN TUNAI KELUARGA SEHINGGA RM2,000 KEPADA SETIAP ISI KELUARGA MALAYSIA


KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.





KADAR BANTUAN






Tumpuan kerajaan adalah untuk meneruskan bantuan tunai langsung secara bersasar, memperkasa aspek pendidikan dan kesihatan awam dan terus menjana peluang pekerjaan.

“Tahun depan, inisiatif bantuan tunai langsung akan ditambah baik, kerajaan akan memperkenalkan BKM dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar berkesan diberi tumpuan,” katanya.

Add comment