Mediaklik

BANTUAN SKIM AGIHAN SEBANYAK RM300 KEPADA ISI RUMAH YANG TERJEJAS PENDAPATAN DALAM FASA PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)



Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka permohonan bagi Skim Agihan Khas Zakat di bawah LZNK k5epada para asnaf di Negeri Kedah yang terjejas pendapatan dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Skim Agihan Khas Zakat adalah inisiatif terbaharu daripada LZNK untuk membantu para asnaf yang terkesan dan pendapatan mereka telah berkurangan pada waktu ini. LZNK telah menganggarkan sebanyak 40,000 keluarga asnaf di Negeri Kedah akan dibantu menerusi skim agihan ini.







KADAR BANTUAN

Pemohon yang layak akan menerima bantuan tunai sebanyak:

  • RM300


TARIKH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 18 Julai 2021 hingga 7 Ogos 2021


SYARAT KELAYAKAN

 Berikut merupakan syarat kelayakan sebelum membuat permohonan :

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malsyia dan tinggal di negeri Kedah sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Golongan yang terjejas pendapatan disebabkan Covid-19 dan mempunyai pendapatan isi rumah semasa di bawah RM2,000 sebulan (Gaji kasar)
  • Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada di bawah tanggungan
  • Bukan penerima bantuan kewangan bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah


KATEGORI KELAYAKAN

Nama keluarga atau waris pemohon yang berada di bawah tanggungan seperti di kategori berikut sahaja yang layak memohon :

  • Suami: Jika berkahwin
  • Isteri: Jika bercerai
  • Isteri: Jika ditinggalkan suami tanpa nafkah
  • Anak: Jika ibu bapa uzur dan terlantar sakit



CARA PERMOHONAN

Permohonan hendaklah melalui Sistem Permohonan Agihan Zakat di pautan berikut:



Dokumen Sokongan :

1. Kad Pengenalan pemohon sahaja (depan dan belakang).

2. Sijil nikah/surat cerai/sijil kematian suami/isteri (jika berkenaan).

3. Slip gaji, penyata pendapatan, pencen, surat diberhentikan, cuti tanpa gaji dan sebagainya (jika berkenaan). Bagi yang tidak bekerja atau tiada slip gaji, sila cetak Surat Pengesahan Pendapatan atau dapatkan di Pejabat Zakat Daerah berdekatan).

4. Penyata akaun bank pemohon (Akaun ASB dan Tabung Haji tidak dibenarkan).

5. Bukti Bermastautin Pemohon: Bil Elektrik/Air/Telefon dan lain-lain bil (atas nama/alamat Pemohon).

6. Laporan perubatan daripada doktor perubatan Hospital Kerajaan (jika ada).


Hanya permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan sahaja akan dipertimbangkan permohonan.



TALIAN PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Skim Agihan Khas Zakat, sila hubungi talian berikut:

Ibu Pejabat: 019-4181740
Baling: 04-470 2428/013-4529155
Bandar Baharu: 04-407 9670/019-4738255
Kota Setar: 04-731 8005/019-5739155
Kubang Pasu: 04-917 1561/019-4967255
Kuala Muda: 04-441 1881/019-4122155
Kulim: 04-490 0873/019-5732155
Langkawi: 04-966 0179/019-4753155
Padang Terap: 04-786 6239/019-5172155
Pendang: 04-759 4515/019- 4123155
Pokok Sena: 04-782 1513/019-518 6155
Sik: 04-469 5895/019-4104255
Yan: 04-468 3482/019-4804155

Add comment