Mediaklik
Bantuan RM500 One-Off ~ Untuk Pendapatan RM4,000 Kebawah

Bantuan RM500 One-Off ~ Untuk Pendapatan RM4,000 Kebawah

Bantuan RM500 One-Off atau sekali bayar boleh dimohon oleh golongan pendapatan dibawah RM4,000 sepanjang tahun ini.

Pelbagai usaha kerajaan negeri dan persekutuan bagi membantu mereka yang berada dalam golongan memerlukan dari segi bantuan kewangan.

Program Bantuan RM500 One-Off

Kerajaan negeri di bawah Belanjawan 2024 telah memperkenalkan sebuah program inisiatif bantuan kewangan yang dikenali sebagai bantuan perkahwinan. Melalui skim bantuan ini, kadar diberikan adalah berjumlah RM500 secara one-off ditawarkan kepada para belia di negeri berkenaan yang ingin mendirikan rumah tangga kali pertama.

Permohonan dibuka sepanjang tahun in selagi kuota masih ada dan mereka yang menepati kriteria kelayakan boleh kemukakan permohonan bagi mendapatkan manfaat yang tawarkan secara percuma ini. Dengan adanya bantuan kahwin RM500 dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban persiapan majlis.

Syarat Kelayakan Bantuan RM500 One-Off

Berikut dikongsikan beberapa kriteria asas syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam program khas ini seperti :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur dari 18 tahun hingga 35 tahun sahaja
  3. Perkahwinan didaftarkan bermula pada 1 Januari tahun 2024
  4. Pendapatan bulanan pemohon tidak boleh melebihi RM4,000
  5. Pengundi berdaftar dan bermastautin di negeri Sembilan.

Cara Daftar & Mohon Bantuan Kahwin RM500

Untuk makluman umum, permohonan masih dibuka kepada mereka yang layak pada tahun ini. Panduan lengkap dan permohonan boleh dibuat secara online melalui laman pautan rasmi bantuan – N9 DIGITAL 2024

Bagi memudahkan proses pentadbiran untuk semakan permohonan bantuan RM500 ini, pemohon disarankan sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti :

  • Salinan kad pengenalan diri (pemohon)
  • Salinan slip gaji terbaharu / pengesahan pendapatan bulanan
  • Salinan sijil perkahwinan
  • Salinan slip pengundi SPR pemohon.

Program bantuan perkahwinan diatas adalah khusus untuk mereka yang menetap di negeri Sembilan sahaja. Terdapat bantuan lain seperti untuk warga emas dan pelajar IPT disediakan dan boleh dirujuk di laman rasmi tersebut.

INFO LEBIH LANJUT

Kerajaan perpaduan pada tahun ini telah perkenalkan lebih banyak bantuan-bantuan dan inisiatif buat mengurangkan beban kos sara hidup rakyat tempatan pada tahun ini. Kepada yang terlepas pandang kalian boleh membuat semakan lebih lanjut di SENARAI BANTUAN yang disediakan.

Add comment