Mediaklik

BANTUAN PRIHATIN KASIH SEHINGGA RM300 KEPADA SETIAP ISI RUMAH SELURUH MALAYSIA


Program bantuan barangan dapur ini disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui penggunaan MyKad. Pemilihan penerima bantuan dilakukan dengan mengambil kira pangkalan data dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan e-Kasih yang seterusnya disemak silang dengan pengkalan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Kementerian Kewangan telah memaklumkan projek perintis program bantuan itu sudah dimulakan 1 Julai lalu kepada golongan miskin bandar di Selangor dan Kuala Lumpur berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).





KADAR BANTUAN PRIHATIN KASIH


Penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak:

  • RM100 selama 3 bulan

Elaun akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka. Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.



TARIKH PELAKSANAAN

Pelaksanaan bantuan ini adalah mengikut negeri seperti berikut:


LOKASI PEMBELIAN BARANGAN ASAS


Senarai 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti:

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • serta kedai-kedai runcit



SEMAK STATUS KELAYAKAN

Sila layari laman web berikut untuk menyemak kelayakan penerimaan bantuan Prihatin Kasih :


Bagi penerima Prihatin Kasih yang layak akan menerima SMS dari Mykasih untuk mengesahkan status kelayakan beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang berdekatan.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web : mykasih.com.my

1 comment