Bantuan Lesen Memandu 2024 telah disediakan melalui program MyLesen B2 bagi memberi manfaat kepada mereka yang ingin memiliki lesen memandu kelas B2. Untuk sedia maklum, terdapat sebuah skim program yang telah diperkenalkan pada tahun ini ditawarkan kepada golongan B40.
Bantuan Lesen Memandu 2024
Kementerian Pengangkutan Jalan Malaysia telah menyediakan program Mylesen bagi meningkatkan taraf hidup golongan B40 dan membantu menambah lebih peluang menjana pendapatan. Mereka yang berkelayakan boleh mohon dan dapatkan lesen memandu motorsikal secara percuma.
Inisiatif program khas MyLesen B2 ini adalah terhad bagi kuota 35,000 penyertaan bagi fasa pertama dan akan ditutup selepas kuota dicapai. Permohonan fasa kedua program lesen memandu ini akan dibuka semula pada tarikh yang akan diumumkan oleh pihak kerajaan pada waktu kelak.
Perlaksanaan inisiatif ini adalah bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan lesen memandu kelas B2 jenis kenderaan motorsikal. Dengan adanya program ini dapat menggalakan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah dari sisi undang-undang.
Kelayakan Mohon Bantuan Lesen Memandu
Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan khusus bagi menyertai program mylesen B2 tahun 2024 seperti ;
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
- Individu berumur 16 tahun dan ke atas
- Belum mempunyai sebarang lesen memandu
- Sihat tubuh badan dan mental
- Tiada / bebas dari senarai hitam JPJ, PDRM dan mahkamah
- Kumpulan B40 dan penerima bantuan kerajaan seperti ekasih, zakat, baitulmal, JKM, JAKOA, LHDN
- Tanggungan kepada penerima bantuan juga layak memohon.
Semakan Permohonan Bantuan MyLesen 2024
Bagi pengetahuan umum, program khas MYLESEN B2 ini dibuka terhad kepada 35,000 orang sahaja dan akan ditutup setelah kuota tercapai. Fasa berikutnya akan dibuka setelah pengumuman dibuat oleh kerajaan, untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi talian khas di – 03 8892 8714 / 8693 atau hantar e-mel ke alamat mylesenb2@jpj.gov.my.
Informasi Lebih Lanjut
Pelbagai agensi dibawah kerajaan telah memperkenalkan skim bantuan bagi menangani masalah kos sara hidup rakyat terutama golongan sasar yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak – SENARAI BANTUAN yang ada pada pertengahan tahun ini dan masih boleh dimohon.
Add comment