Mediaklik

BANTUAN KOMPUTER RIBA DAN INTERNET PERCUMA KEPADA PELAJAR DARIPADA GOLONGAN B40 DAN M40

Kerajaan negeri menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor (PRE 3.0) akan menyediakan 8,000 komputer riba beserta kemudahan internet untuk kegunaan pelajar dari golongan B40 dan M40 di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan dengan peruntukan berjumlah RM25 juta. Program itu adalah sebahagian daripada peruntukan RM126.86 juta disediakan kerajaan negeri menerusi PRE 3.0.





PAKEJ BANTUAN DIBERIKAN

Pakej bantuan yang akan diberikan adalah:

  • 8,000 komputer riba
  • 8,000 pocket wifi dengan talian internet khusus


TARIKH AGIHAN BANTUAN KOMPUTER RIBA

Bekalan peranti ini akan mula di edar kepada sekolah di Johor pada:

  • Awal bulan September 2021 hingga November 2021


SYARAT KELAYAKAN

Bantuan akan diberikan kepada:


1. Pelajar sekolah di seluruh negeri Johor

2. Pelajar dari golongan B40 dan M40

3. Pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2022

4. Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) telah menetapkan spesifikasi yang sesuai untuk digunakan oleh pelajar-pelajar berkenaan selain kerajaan turut melaksanakan kajian pasaran bagi mendapat nilai terbaik sebelum membuat perolehan.


Pelajar yang layak menerima bantuan ini akan dihubungi oleh pihak sekolah (tertakluk kepada sekolah masing-masing).


JPNJ juga maklum berkaitan sumbangan (komputer riba, tablet dan data internet) pelbagai pihak antaranya Yayasan Raja Zarith Sofiah, Ahli Parlimen, ADUN, pertubuhan bukan kerajaan, syarikat dan individu bagi meringankan beban ibu bapa dan pelajar berhubung pelaksanaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah.

Add comment