Yayasan Sejahtera Kulai akan menyerahkan Geran Bantuan Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) sehingga RM1,000 kepada pelajar yang dapat tawaran sambung belajar ke peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
Geran bantuan ini dikhaskan kepada golongan kurang berkemampuan di dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Kulai. Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan sehingga 11 September 2021.
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan akan diberikan secara one-off seperti berikut:
1. Program Sijil: RM300
2. Program Diploma: RM500
3. Program Ijazah Sarjana Muda: RM1,000
SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara Malaysia
2. Bersekolah atau bermastautin di kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai
3. Telah mendapat tawaran/ tempat belajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT)
4. Pemegang SPM/ Matrikulasi/ STAM/ STPM
5. Mesti mengikuti pengajian secara Sepenuh Masa
CARA PERMOHONAN
Pelajar yang berkelayakan boleh buat muat turun borang permohonan melalui laman web berikut :
Dokumen Sokongan
Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT
Salinan keputusan SPM/ Matrikulasi/ STPM/ STAM
Salinan Kad pengenalan atau sijil kelahiran kesemua isi rumah
Salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan semua isi rumah yang telah bekerja
Salinan kad OKU (jika berkenaan)
Salinan rekod kesihatan/ temujanji hospital (jika berkenaan)
Borang permohonan dan dokumen yang lengkap mestilah dihantar ke alamat berikut:
Yayasan Sejahtera Kulai
No. 156A, Jalan Susur Kulai 3,
81000, Kulai Johor
Add comment