Mediaklik

BANTUAN KHAS KEWANGAN SEBANYAK RM700 KEPADA PENJAWAT AWAM, RM350 KEPADA PESARA


KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan dalam Bajet 2022 iaitu Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 akan diberikan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah dan RM350 untuk satu juta pesara kerajaan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan khas itu memberikan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 bilion.





KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada penjawat awam ialah :


RM700 : Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah

RM350 : Pesara Kerajaan


Bantuan khas itu langkah kerajaan bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

Add comment