Kerajaan negeri Terengganu mengembalikan pemberian dana raya kepada rakyat negeri ini yang layak melalui pemberian bantuan i-Fitri pada tahun depan, iaitu 2022 dengan peruntukan kira-kira RM33.4 juta. Bantuan i-Fitri telah diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2022 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Dalam belanjawan yang bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’, kerajaan negeri tersebut telah memaklumkan bantuan i-Fitri akan memanfaatkan isi rumah manakala bantuan tunai secara one-off akan memanfaatkan belia, mahasiswa dan golongan OKU.
OBJEKTIF BANTUAN
Bantuan ini diharapkan dapat menyokong kewangan semua isi rumah B40 dan sebahagian isi rumah M40 supaya mereka dapat meraikan Aidilfitri lebih merah serta berkat setelah dua tahun menyambutnya dengan keterbatasan.
TARIKH PEMBERIAN BANTUAN
Bantuan i-Fitri akan disalurkan pada:
- Menjelang Hari Raya 2022
JUMLAH BANTUAN MENGIKUT KATEGORI
Bantuan i-Fitri dan bantuan tunai secara one-off yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2022 mengikut kategori adalah seperti berikut:
Bantuan i-Fitri
Isi rumah miskin
Jumlah bantuan: RM400
Isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000
Jumlah bantuan: RM250
CARA PERMOHONAN
Bantuan ini telah dibentangkan dalam Belanjawan 2022 baru-baru ini dan penerima yang layak akan menerima manfaat ini pada tahun 2022. Permohonan memgenai bantuan ini AKAN DIKEMASKINI.
MAKLUMAT LANJUT
Add comment