Mediaklik

BANTUAN KEBAJIKAN KHUSUS BAGI KAUM IBU (GOLONGAN B40) SEBANYAK RM200 SEBULAN | MOHON SEKARANG!


Kerajaan Negeri Selangor mengiktiraf peranan penting kaum ibu dalam sesebuah keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.

Tuan Haji Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor menerusi Belanjawan Selangor 2021 berkata KISS atau Kasih Ibu Smart Selangor merupakan satu lagi program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40) RM2,000 sebulan dengan penambahan 5,000 lagi penerima pada tahun 2021.





OBJEKTIF PROGRAM KASIH IBU SMART SELANGOR

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan RM200 sebulan bagi pembelian barangan keperluan asas. 

Melalui program ini, lebih 30,000 ibu mendapat manfaat dengan membeli barang keperluan asas menggunakan Kad KISS tanpa perlu membayar tunai (cashless).



KADAR BANTUAN

Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) telah menyediakan bantuan dengan berjumlah :
  • RM200 sebulan



SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan bagi memohon program bantuan ini :


Syarat Utama

  • Berdaftar sebagai pemohon BSH di bawah kategori pendapatan bawah RM2000, ATAU;
  • Tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pangkalan data eKasih


Syarat Lain

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di Selangor
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM2,000 sebulan
  • Wanita bekeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang masih belajar di pengajian tinggi



MANFAAT KAD KISS SELANGOR

Bagi kalangan ibu yang berkelayakan, akan menerima Kad Kasih Ibu Smart Selangor yang ditambah nilai secara automatik RM200 sebulan.

Kad KISS ini boleh digunakan di pasaraya yang berdaftar dan senarai kedai yang berdaftar seperti berikut:


SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan senarai barang yang boleh dibeli dengan kad KISS Selangor:


CARA MEMOHON PROGRAM KISS

Terdapat 2 kaedah yang disediakan untuk memudahkan anda membuat permohonan program bantuan KISS. Berikut dikongsikan langkah-langkah permohonan :


Secara Talian

  • Sila layari laman web kiss.com.my
  • Klik Permohonan Online (Ibu Tunggal)


Secara Manual

Borang pendaftaran boleh di muat turun dari Laman Web Rasmi Kasih Ibu Smart Selangor atau boleh diambil di :

  • Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  • Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
  • Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
  • Pusat Wanita Berdaya
  • Isi borang dengan lengkap dan sertakan sekali dokumen yang diperlukan.
  • Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri / Pejabat Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Selangor.



MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan mengenai KISS Selangor, ada boleh menghubungi pihak pengurusan di :

Talian hotline : 1800-22-6600
Talian telefon : 03-5525 6900 
Emel : admin@selcare.my

Add comment