Mediaklik
Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 Sebulan : Panduan Permohonan

Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 Sebulan : Panduan Permohonan

Bantuan Kanak-kanak sehingga RM1,000 sebulan adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan kepada berkelayakan tahun ini.

Pihak kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan dan insentif yang boleh didapatkan oleh masyarakat sekiranya menepati kriteria kelayakan.

BANTUAN KANAK-KANAK 2023

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengendalikan sepenuhnya skim bantuan kebajikan pada tahun ini. Salah satu program yang disediakan adalah bantuan kanak-kanak sehingga RM1,000 sebulan.

Program khas ini dibuka permohonan kepada isi rumah yang mempunyai tanggungan anak dan kurang berkemampuan dari segi kewangan. Perlaksanaan bantuan ini adalah bagi membantu meringankan beban keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan perkembangan kanak-kanak mengikut peringat usia.

KADAR BANTUAN

Untuk sedia maklum, kadar bantuan kanak-kanak ini ditawarkan dari RM150 sehingga RM1,000 sebulan. Jumlah adalah berdasarkan bilangan tanggungan anak dan umur anak.

SYARAT KELAYAKAN BKK

Dibawah dikongsikan kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan BKK 2023 seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Pendapatan keluarga (Isi rumah) tidak melebihi Pendapatan garis kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Anak berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan permohonan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas

Perlaksanaan skim bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Hal ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 jadual kesembilan senarai perundangan.

PANDUAN CARA PERMOHONAN

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan bantuan ini, permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini. Panduan lengkap cara permohonan telah disediakan, sila layari portal rasmi – eBANTUAN JKM

Info : Bagi memudahkan proses semakan permohonan, pemohon perlu sediakan dokumen penting seperti salinan kad pengenalan diri, pasangan dan tanggungan anak.

INFORMASI LEBIH LANJUT

Pada tahun ini kerajaan telah melancarkan lebih bantuan inisiatif berbentuk bantuan tunai bagi membantu golongan yang memerlukan terutama B40 dan miskin. Sila semak senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda dapatkan – RUJUK DISINI untuk info penuh.

Add comment