Mediaklik

BANTUAN BENCANA BANJIR SEBANYAK RM1,000 KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR


Pada 19 Disember 2021 yang lalu, Perdana Menteri telah membuat sidang media bagi mengumumkan bantuan-bantuan atau kemudahan yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir melalui Bantuan Bencana Banjir.

Pihak kerajaan telah mengambil tindakan segera demi menyelamatkan nyawa dan membantu rakyat ketika dalam kesusahan. Ramai penduduk yang terjejas dari pelbagai aspek berikutan bencana yang berlaku di luar jangka tersebut.





BANTUAN BENCANA BANJIR

Berikut adalah senarai Bantuan Bencana Banjir yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu :


Peruntukan Awal RM100 juta

  • Bagi membaiki rumah dan infrastruktur yang rosak akibat banjir


Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000

  • Bayaran bantuan ini akan disegerakan bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan bencana ini


Cuti Kecemasan

  • Semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir
  • Untuk kakitangan swasta, syarikat disarankan memberi pekerja cuti berbayar atau ‘paid leave’ dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka

RM50 Juta Kepada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN)

  • Penyaluran bantuan akan disegerakan bagi memastikan kelangsungan bantuan kepada isi rumah yang terkesan akibat bencana banjir


Penyediaan Keperluan Asas

  • Setiap PPS mempunyai kelengkapan dan keperluan asas yang mencukupi seperti tandas, pelitup muda dan makanan buat mangsa-mangsa banjir


Pencegahan Covid-19

  • Sekurang-kurangnya seorang doktor dan seorang jururawat akan ditempatkan di setiap PPS bagi memastikan kesihatan mangsa-mangsa banjir sentiasa diberi perhatian
  • Mangsa-mangsa juga akan melalui saringan RTK Covid-19 bagi mengelakkan penularan berlaku di PPS.


Diharap agar bantuan-bantuan atau kemudahan yang disalurkan ini dapat meringankan beban mangsa yang terlibat. Sebarang maklumat lanjut atau tambahan bantuan oleh kerajaan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.


1 comment

  • Assalamualaikum dan selamat pagi semua encik saya ingin mohon kepada encik tentang bantuan kepada saya ini sebagai seorang bapa yang tidak dapat melihat keluarga saya mohon bantuannya wang ringgit atau dana untuk saya dan keluarga saya ini sudah dilanda ribut dan hujan lebat banjir di seluruh kawasan rumah ni saya harap encik percepatkan proses saya ini