Mediaklik
4 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Sesi 2023

4 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Sesi 2023

4 jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan untuk sesi tahun ini bagi ahli / pencarum yang memerlukan selagi mematuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Untuk makluman, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menyediakan kemudahan pengeluaran untuk tujuan peribadi tersedia pada tahun 2023.

4 JENIS PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN

Terdapat 4 jenis pengeluaran KWSP yang disediakan oleh KWSP untuk ahli sekiranya mereka ingin melakukan pengeluaran wang secara bersyarat. Kemudahan ini khas berbentuk pengeluaran sebahagian melalui akaun 2 KWSP.

Walaupun pengeluaran khas 2.0 dan bersasar tidak dapat diluluskan, namun terdapat kemudahan yang boleh ahli melakukannya pada tahun ini. Di bawah telah disediakan 4 jenis pengeluaran yang dibenarkan untuk tujuan tertentu seperti berikut.

PENGELUARAN UNTUK BELI RUMAH

Kepada ahli KWSP yang berniat atau bercadang untuk membeli rumah sendiri, KWSP menyediakan sebuah kemudahan untuk ahli memiliki rumah pertama.

Jenis pengeluaran yang dibenarkan untuk pembelian rumah pertama (1) adalah seperti berikut :

  • Pembinaan rumah pertama di atas tanah sendiri
  • Pembelian rumah lelong
  • pembelian rumah mesra rakyat (RMR 2023)
  • Beli rumah subsale

MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Bagi pencarum / ahli yang menunaikan ibadah haji, pihak KWSP turut menyediakan kemudahan pengeluaran melalui akaun 2. Untuk mengurangkan beban kos adalah tujuan utama perlaksanaan kemudahan pengeluaran ini.

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

Kemudahan pengeluaran sebahagian juga dibenarkan untuk tujuan pendidikan seperti membayaran yuran kolej. Jika ahli mempunyai tanggungan anak yang sedang menuntut di mana-mana institusi pendidikan dalam negara, mereka boleh menyertai kemudahan pengeluaran sebahagian.

RAWATAN PERUBATAN (KESIHATAN)

Kemudahan ini adalah penting, kepada ahli yang menhadapi penyakit kritikal, pengeluaran khas dibenarkan untuk menampung kos perubatan atau membeli barang alat kesihatan. Pengeluaran sebahagian melalui akaun 2 KWSP dibenarkan.

SYARAT KELAYAKAN & DAFTAR PERMOHONAN

Kepada ahli yang berminat untuk menyertai kemudahan pengeluaran sebahagian ini, ia boleh dilakukan secara online. Sila semak syarat kelayakan dan panduan daftar permohonan di laman rasmi – KWSP

INFORMASI LEBIH LANJUT

Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bantuan khusus untuk meringankan beban rakyat B40 dan miskin pada tahun ini. Sila semak senarai insentif yang ada dan layak untuk anda mohon – RUJUK DISINI untuk info penuh.

Add comment