Mediaklik

35,000 JAWATAN KOSONG DALAM SEKTOR AWAM DITAWARKAN OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)

35,000 JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA). 

Menurut Pengerusi SPA, terdapat lebih kurang 35,000 kekosongan jawatan yang di tawarkan terutamanya dalam sektor awam/kerajaan.
Pembahagian jawatan adalah seperti berikut : 
  • Jawatan Tetap : 15,000 kekosongan
  • Jawatan Kontrak : 20,000 kekosongan
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Zainal Rahim Seman berucap seperti berikut selepas melancarkan satu sistem pendaftaran pekerjaan SPA yang baru iaitu berdasarkan kuota lantikan tahunan.

1.25 Juta Pemohon Kerja Melalui SPA

Berdasarkan data yang telah dikumpulkan oleh SPA juga menunjukkan bahawa terdapat sehingga 1.25 juta pemohon membuat permohonan untuk megisi kekosongan jawatan melalui SPA setiap tahun

Sistem SPA9, Sistem Padanan Pekerjaan

Untuk pengetahuan anda sistem terbaru SPA9 yang menggantikan SPA8i merupakan satu sistem padanan pekerjaan yang menawarkan jawatan yang paling tepat dengan pemohon berdasakan keperluan dan latar belakang pendidikan pemohon
Melalui sistem SPA9 juga, ia akan memastikan pemohon mempunyai peluang yang lebih baik berbanding sistem lalu untuk mendapatkan pekerjaan
Keistimewaan sistem SPA9 juga lebih efisien berbanding sistem sebelum ini dimana ia boleh mengenalpasti jika pemohon merupakan pemegang kad OKU , penerima bantuan eKasih dan lesen memandu juga secara automatik ataupun manual yang dijana terus menggunakan sistem yang diintegrasikan.
Sistem SPA9 ini juga berkonsepkan ciri-ciri keselamatan dan kerahsian maklumat dan menjadikan proses semakan kelayakan, permohonan jawatan dan tapisan melalui SPA9 menjadi lebih mudah dilakukan dan mesra pengguna.

Info Ringkas SPA9

Sedikit info ringkas mengenai SPA9 adalah seperti berikut : 
  • Pemohon adalah dinasihatkan agar membuat rujukan terlebih dahulu maklumat Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas dan Panduan Pengguna SPA9 sebelum membuat permohonan dalam SPA9
  • Pendaftaran pekerjaan melalui SPA9 hanya terhad kepada permohonan pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan , Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan serta Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang  dan Perlis di mana kuasa pelantikan tersebut adalah terletak di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Daftar SPA9 Borang Pendaftaran Jawatan Kosong Kerajaan (SPA8i)

Cara Pendaftaran Pekerjaan Dan Kemaskini Permohonan Dalam SPA9

  • Permohonan hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja 
  • Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama 1 tahun daripada tarikh pendaftaran;
  • Pendaftaran pekerjaan adalah tertakluk kepada Dasar One Step Lower iaitu : 
i) Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
ii) Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma / STPM / STAM / SIJIL / MATRIKULASI/ Siji Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.
iii) Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijili Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Matrikulasi/Sijil Politeknik,SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan.
  • Pendaftaran pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perkara 2(b)(i) dan 2(b)(iii) diatas akan terbatal dan pemohon dikehendaki untuk mengemas kini semula permohonan dalam SPA9′
  • Pemohon juga dikehendaki untuk memastikan alamat emel yang didaftarkan dalam spa9 adalah tepat serta sentiasa menyemak folder Sam Mail/Junk Mail dalam emel bagi mengelakkan kegagalan menerima emel pemakluman mengenai panggilan peperiksaan/ temu duga dan sebagainya. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyemak dari masa ke semasa segala pemakluman terkini Suruhanjaya Perkhidmata Awam Malaysia melalui emel yang didaftarkan dalam SPA9, Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.
Untuk maklumat lanjut mengenai SPA9, anda boleh terus layari laman web SPA9 di SPA9 PENDAFTARAN

Add comment