Mediaklik

[TERKINI] BANTUAN TAMBAHAN SEBANYAK RM500 AKAN DIBERIKAN KHAS UNTUK GOLONGAN B40 BERMULA JUN INI!


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan melalui PEMERKASA bahawa golongan B40 akan menerima bantuan tunai secara one off sebanyak RM500 sementara penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berpendapatan RM1,000 ke bawah akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM500 mulai Jun ini.
Beliau juga memaklumkan bahawa bantuan melibatkan peruntukan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima itu adalah antara inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi membantu golongan kehilangan pendapatan.






BANTUAN RM500 ONE OFF


  • Bantuan RM500 one-off kepada golongan B40 yang hilang pendapatan
  • Bayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah




GOLONGAN LAYAK


Bantuan ini melibatkan penerima yang berumur 21 tahun hingga 60 tahun



TARIKH BAYARAN BANTUAN RM500 ONE OFF

Tarikh bayaran RM500 untuk B40 yang hilang punca pendapatan dan penerima BPR yang layak ini dijangka akan disalurkan ke akaun masing-masing pada :
  • Mulai bulan Jun 2021



CARA MEMOHON BANTUAN

  • Bantuan RM500 secara one off tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.
  • Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
  • Individu berstatus bankrap juga akan diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.


Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan. Semakan boleh dibuat apabila tarikh bayaran diumumkan kelak.

2 comments

  • Cekap nak masuk duit b40 jln Jun tapi sampai skrg bln masuk lagi i pun x 5ahj nak buat pe krj pun takde kilang pun dah tutup gaji takde macamana kita nak hidup tlg fikir sikit bantuan pun x dpt macamana blh hidup nak mati ke

  • 等政府发钱等到傻啦!有公司不可以拿,公司都没运作了,说好6月发钱到现在也没发,真的自己不吃家里的老人家也要吃啊