Mediaklik

TEBUS BAUCAR SUBSIDI PELANCONGAN BERNILAI RM100 MELALUI E-DAGANG SHOPEE BERMULA OKTOBER INI!


Pada 9 September, Loy Sian memaklumkan Kerajaan Negeri menyediakan 10,000 Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 bagi merancakkan aktiviti sektor berkaitan susulan Selangor beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Loy Sian berkata sebanyak RM1 juta diperuntukkan bagi tujuan berkenaan dengan setiap baucar bernilai RM100 yang boleh digunakan mulai Oktober depan.Penduduk Selangor disaran tidak melepaskan peluang mendapatkan Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 ini.




TUJUAN BAUCAR PELANCONGAN SELANGOR

Tujuan pemberian Baucar Pelancongan Selangor kepada rakyat negeri ini adalah:

1. Kerana buat masa ini kebenaran rentas negeri tidak dibenarkan selain merancakkan industri pelancongan dalam Selangor

2. Baucar ini disediakan bagi merancakkan aktiviti sektor berkaitan susulan Selangor beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).



PELANCARAN BAUCAR PELANCONGAN NEGERI SELANGOR 2.0

Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 yang bakal dilancarkan adalah pada:

  • Oktober 2021

Tarikh rasmi pelancaran Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 akan dikemaskini dari masa ke semasa sekiranya terdapat makluman terbaru.



NILAI PELANCARAN BAUCAR

Exco Pelancongan Hee Loy Sian berkata baucar pelancongan percuma sebanyak 10,000 bernilai:

  • RM100

Baucar ini akan dilancar pada Oktober dan boleh digunakan serta-merta selain keistimewaan diberi untuk rakyat Selangor sahaja.



CARA DAPATKAN BAUCAR

Baucar tersebut hanya boleh didapati di platform e-dagang Shopee.

Pengagihan membabitkan 10,000 baucar untuk:

  • Menginap di hotel
  • Taman tema
  • Inap desa berlesen

Sebelum ini menerusi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 1.0, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2 juta yang diagihkan kepada umum pada Januari lalu melalui Lazada dan Touch ‘n Go e-wallet.

Pada 18 Disember tahun lalu, Selangor melancarkan program Penebusan Subsidi Baucar Pelancongan bernilai RM200 setiap satu.

Add comment