Mediaklik

[RASMI] KEMASKINI PINDAAN AMAUN PENGELUARAN I-SINAR


i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Berdasarkan respon pemohon i-Sinar KWSP, ramai yang telah membuat kesilapan semasa mengisi permohonan pengeluaran i-Sinar secara online. Contoh kesilapan yang dibuat adalah tersilap meletakan jumlah amaun pengeluaran i-Sinar.

Maka bermula 08 Mac 2021, pihak KWSP akan memberi kelonggaran kepada ahli pencarum untuk membuat pindaan atau kemaskini amaun pengeluaran i-Sinar seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.









BUTIRAN PINDAAN PENGELUARAN I-SINAR

  1. Pindaan bagi amaun pengeluaran hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja.
  2. Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu tidak akan dipaparkan.
  3. Sila pastikan anda mempunyai maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan bagi melancarkan proses kemas kini maklumat.
  4. Anda boleh mengemas kini nombor telefon bimbit dan maklumat berkaitan bayaran seperti Butiran Akaun Bank, Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran (sekiranya perlu).
  5. Jika anda memilih untuk mengemas kini Butiran Akaun Bank, sila pastikan akaun tersebut:
    • Adalah Milik Pemohon dan Masih AKTIF
    • Bukan Akaun Bank Bersama (joint account)
    • Bukan Akaun Bank Atas Nama Syarikat



KELULUSAN PINDAAN PENGELUARAN I-SINAR

Proses kelulusan satu-satu pindaan adalah dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja. Ia akan berkuatkuasa untuk bayaran pengeluaran seterusnya mengikut jadual bayaran yang baharu.

Perbezaan amaun yang dipinda akan dibahagikan secara sama rata berdasarkan baki bilangan bayaran pengeluaran.


CARA PINDAAN AMAUN I-SINAR

1. Sila layari laman web isinar.kwsp.gov.my
2. Klik PINDAAN PENGELUARAN


3. Isi No. IC dan No. telefon yang telah didaftarkan

4. Kemaskini semula amaun pilihan yang baharu
5. Kemaskini Maklumat Pemohon seperti No Akaun Bank sekiranya ada perubahan
6. Sahkan permohonan dengan melihat semula maklumat yang dinyatakan di ruang pengesahan permohonan 
7. Klik HANTAR


Untuk pindaan bagi amaun pengeluaran hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja.


INFO LANJUT DAN FAQ

1. Bolehkah saya memohon untuk meminda amaun pengeluaran i-Sinar?
Anda boleh memohon untuk meminda amaun pengeluaran i-Sinar sekiranya permohonan anda telah diluluskan tertakluk kepada:
– Pilihan pindaan ini hanya dibenarkan dibuat sekali sahaja.
– Amaun pindaan adalah berdasarkan kelayakan maksimum pengeluaran semasa permohonan asal dibuat.

2. Sekiranya permohonan pindaan amaun i-Sinar diluluskan, bilakah amaun baharu itu akan berkuatkuasa?
Proses kelulusan satu-satu pindaan adalah dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja. Ia akan berkuatkuasa untuk bayaran pengeluaran seterusnya mengikut jadual bayaran yang baharu.
Perbezaan amaun yang dipinda akan dibahagikan secara sama rata berdasarkan baki bilangan bayaran pengeluaran.

3. Bagaimanakah saya boleh memohon untuk membuat pindaan amaun pengeluaran i-Sinar?
Pindaan amaun pengeluaran i-Sinar boleh dimohon melalui fungsi ‘PINDAAN PENGELUARAN – Amaun Dimohon’ di i-Sinar online.

4. Bolehkah saya meminda butiran maklumat pengeluaran i-Sinar?
Anda boleh meminda butiran maklumat pengeluaran i-Sinar seperti berikut:
– Nombor telefon bimbit; dan/atau
– Alamat surat menyurat; dan/atau
– Butiran akaun bank; dan/atau
– Maklumat bayaran : Nama Bank, Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) dan/atau Pilihan Lokasi Serahan Arahan Bayaran.

5. Bilakah tarikh akhir Ahli boleh memohon, membuat pindaan maklumat pengeluaran dan pembatalan i-Sinar?
Tarikh akhir permohonan i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021.
Bagaimanapun, tarikh akhir Ahli boleh membuat permohonan pindaan maklumat pengeluaran dan pembatalan i-Sinar adalah sebelum 31 Disember 2021

Add comment