Mediaklik

[PROGRAM SAVE 2.0] TEBUS BAUCAR SHOPEE BERNILAI RM200 UNTUK SETIAP ISI KELUARGA!



Program Save 2.0 ialah sebuah program pemberian e-rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Program ini dilaksanakan oleh SEDA Malaysia di bawah Kementerian dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga dan kolaborasi dengan Shopee bagi meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik





OBJEKTIF PROGRAM

Objektif program ini dilaksanakan adalah bagi:


1. Meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik pengguna terutamanya pengguna domestik; dan

2. Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang dan peralatan cekap tenaga di pasaran



SYARAT KELAYAKAN

Syarat-syarat kelayakan penerimaan baucar daripada Program Save 2.0 ialah :

1. Warganegara Malaysia

2. Pengguna/ pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, SEB

3. Menggunakan e-Rebat untuk pembelian penyaman udara ATAU peti sejuk berlabel 4 ATAU 5 Bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021; dan

4. 1 akaun bil, 1 e-Rebat & first come fisrt serve basis



CARA PENDAFTARAN 

Kepada individu yang ingin mendaftar Program Save 2.0 dan terima baucar RM200, sila rujuk langkah-langkah berikut:

1. Buka aplikasi Shopee anda

2. Cari barang elekrtik yang berlabel SAVE 2.0 di Shopee

3. Chat dengan seller upaya mengaktifkan penebusan voucher RM200 SAVE 2.0 untuk anda





4. Seller akan memberikan kod voucher untuk anda isikan ketika Check Out

5. Isikan kod yang diberikan dan baucar RM200 akan ditolak daripada harga asal bagi permohonan yang diluluskan






6. Tunggu permohonan anda diproses. Voucher RM200 akan diberikan di Shopee anda seperti di bawah





MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mengalami masalah, anda boleh menghubungi pegawai tersedia di SEDA Malaysia seperti berikut:

Pasukan Khas Program SAVE 2.0
Bahagian Pembangunan dan Fasilitasi Teknikal
SEDA Malaysia

+603 8870 5800

saveenergy.gov.my

Add comment