Mediaklik

PERMOHONAN BANTUAN YURAN PENDAFTARAN SEHINGGA RM1,000 KHAS UNTUK PELAJAR-PELAJAR IPT | MOHON SEKARANG!


Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) mempelawa anak kelahiran Johor yang mendapat tawaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara untuk memohon Skim Bantuan Yuran Pendaftaran IPT. Bantuan ini merangkumi dua kategori peringkat pengajian, iaitu Diploma dan juga Ijazah.

MAIJ adalah badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir Kumpulan Wang atau Harta Baitulmal, Kumpulan Wang Wakaf sebagai Pemegang Amanah Wakaf dan Kumpulan Wang Zakat dan Fitrah serta mengagihkan mengikut asnaf di Negeri Johor.





KADAR BANTUAN

1. Diploma (semester pertama)  : RM500.00

2. Ijazah Sarjana Muda (semester pertama)   : RM1,000.00



TARIKH PERMOHONAN

Permohonon telah dibuka 1 JUN 2021 hingga 30 JUN 2021



SYARAT KELAYAKAN

Syarat dan kelayakan pelajar adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Anak kelahiran JOHOR dan menetap di dalam Negeri JOHOR.
  • Bermastautin di dalam Negeri JOHOR sekurang-kurangnya 5 tahun.
  • Mendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  • Pendapatan perkapita tidak melebihi RM500 setiap tanggungan termasuk ketua keluarga.



CARA PERMOHONAN

Kepada sesiapa yang berminat untuk memohon bantuan MAIJ ini, sila buat permohonan melalui : 



Lampiran dokumen yang telah disahkan hendaklah dimuatnaik melalui sistem bersama-sama permohonan yang telah lengkap diisi.

MAINJ Daerah akan membuat tapisan mengikut syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.(Termasuk lampiran dokumen yang lengkap)



MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :

Tel : 07-2282929 / 07-2282937 / 07-2282941  / 07-2282926
Faks : 07-2288752

Add comment