Mediaklik

[PEMERKASA PLUS] BANTUAN TAMBAHAN BPR SEHINGGA RM500 KEPADA ISI RUMAH DAN BUJANG


Bantuan Prihatin Rakyat diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi pembentangan Belanjawan (Bajet) Malaysia 2021. Inisiatif bantuan tunai ini akan memperuntukkan sebanyak 2.1 bilion bagi menambah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

Melalui Perutusan Khas Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Perdana Menteri berkata, bayaran BPR tambahan itu akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti. Kerajaan perkenal PEMERKASA plus sebagai inisiatif baharu untuk bantu rakyat mendepani cabaran PKP 3.0 bagi kelangsungan hidup. 





KADAR BANTUAN BPR TAMBAHAN

Kadar Bantuan BPR Tambahan akan diberikan mengikut kategori yang ditetapkan seperti berikut :


1. Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah

  • RM 500 


2. Isi Rumah Berpendapatan Antara RM2,501 Hingga RM5,000 

  • RM300


3. Golongan Bujang

  • RM100



TARIKH BAYARAN BPR TAMBAHAN

Bayaran BPR Tambahan akan diberikan pada :

  • Hujung Bulan Jun

Jelas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bayaran tersebut merupakan tambahan sebanyak RM2.4 bilion kepada fasa bayaran terakhir BPR pada bulan September ini.

Add comment