Mediaklik

PAKEJ BANTUAN KHAS PKS : RM1000 Bagi Negeri PKP, RM500 Bagi Negeri Yang Lain

Semasa Belanjawan 2021, kerajaan telahpun mengumumkan bantuan kewangan sebanyak 1,000 ringgit melalui Geran Khas Prihatin Tambahan, atau GKP Tambahan yang diberikan kepada peniaga dan penjaja di Sabah. 
GKP Tambahan atau GKP PERMAI adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini. GKP Tambahan akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.

 



GKP BANTUAN TAMBAHAN

Perluasan inisiatif GKP Tambahan ini, atau GKP PERMAI, melibatkan peruntukan tambahan sebanyak 650 juta ringgit. Namun demikian, sekiranya terdapat negeri yang berubah menjadi zon merah dan diisytiharkan PKP, kerajaan sedia membantu dengan menyalurkan bantuan tambahan kepada PKS di negeri tersebut dengan serta merta.

Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan akan memperluaskan bantuan GKP Tambahan ini kepada :

  • 500,000 PKS di tujuh negeri PKP dengan bayaran RM1,000, 
  • 300,000 PKS di negeri yang lain akan menerima RM500.
Bagi pemandu teksi, bas dan ehailing yang layak pula akan menerima bantuan tunai secara one-off berjumlah RM500. Orang ramai yang bukan PKS pula akan menerima Data 1GB Percuma sehingga April 2021 manakala bagi calon SPM, STPM & IPT pula boleh melanggani Pakej Data Khas yang disediakan dengan kadar yang rendah.

Sebarang info lanjut berkenaan permohonan GKP Tambahan atau bantuan-bantuan lain bagi peniaga akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Add comment