Mediaklik

MOHON SKIM BANTUAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN KEPADA SETIAP PENIAGA YANG TERJEJAS


Mana-mana usahawan yang belum menyedari skim pembiayaan baru Hijrah Selangor kini berpeluang mengembangkan perniagaan menerusi skim-skim yang diperkenalkan pada Oktober lepas. Inilah manifestasi keazaman Kerajaan Negeri untuk menyokong perniagaan di Selangor.

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM120 juta kepada Hijrah untuk membiaya usahawan. Sektor keusahawanan sangat penting bagi Kerajaan Negeri merancakkan semula ekonomi negeri. Antara salah satu skim pembiayaan yang baru diperkenalkan adalah Skim I-Lestari.









SKIM I-LESTARI

Skim I-Lestari menawarkan modal tambahan berbentuk kewangan kepada individu yang sudah menjalankan aktiviti perniagaan bagi memberi peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan. Pembiayaan yang ditawarkan adalah:

  • RM51,000 sehingga RM100,000



MAKLUMAT PEMBIAYAAN


1. Tempoh pembiayaan: 
  • 50 minggu (setahun) sehingga 250 minggu (5 tahun)

2. Caj perkhidmatan: 
  • 8% setahun

3. Wajib membuat tabungan

4. Bayar balik secara mingguan/ bulanan (Tertakluk kepada perubahan semasa)



SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia

2. Rakyat Selangor/ bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun

3. Mengundi dalam negeri Selangor

4. Berumur 18 hingga 65 tahun

5. Perniagaan sudah beroperasi

6. Mempunyai premis perniagaan yang khusus

7. Mempunyai surat perjanjian atau dokumen yang sah sekiranya melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi yang berkonsepkan sewaan ataupun pajakan

8. Mempunyai lesen/ permit perniagaan yang sah

9. Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan

10. Terlibat secara langsung dalam perniagaan

11. Satu pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian




CARA PERMOHONAN
Kepada individu yang berminat dengan pembiayaan yang ditawarkan, sila buat permohonan secara online melalui pautan berikut:

  • http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login


Sediakan dokumen sokongan

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • 2 keping gambar berukuran pasport pemohon
  • Salinan lesen perniagaan (SSM/ permit PBT/ kad nelayan/ geran tanah) pemohon
  • Salinan penyata akaun bank 6 bulan terkini/ buku bank pemohon
  • Gambar perniagaan pemohon
  • Salinan bil utiliti premis dan tempat tinggal pemohon


Untuk maklumat lanjut berkaitan Skim Pembiayaan Mikrokredit, anda boleh layari laman sesawang www.hijrahselangor.com. Atau hubungi 20 Cawangan Hijrah Selangor berhampiran anda untuk pertanyaan lanjut http://www.hijrahselangor.com/

Add comment