Mediaklik

MOHON SKIM BANTUAN KOMPUTER RIBA PERCUMA KHAS UNTUK SELURUH PELAJAR B40


Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) menerusi skim bantuan komputer riba bagi pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UPSI yang berkeperluan kini dibuka. Permohonan boleh dibuat selewat-lewatnya pada 7 Disember 2021.

Permohonan boleh dibuat oleh pelajar yang berkelayakan dan tidak memiliki komputer/ komputer riba untuk kemudahan pelajaran. Calon yang telah buat permohonan mestilah lulus temuduga yang dijalankan.





TARIKH PERMOHONAN

Permohonan mestilah dihantar sebelum tarikh tutup berikut:

  • 7 Disember 2021


SYARAT KELAYAKAN


1. Pelajar yang beragama Islam sahaja

2. Tidak memiliki komputer/ komputer riba

3. Pendapatan keluarga di bawah RM1,500

4. Pelajar semester 1 – 4 Diploma

5. Pelajar semester 1 – 5 program Ijazah Sarjana Muda

6. Lulus temuduga yang dijalankan



CARA PERMOHONAN

1. Kepada sesiapa yang memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi borang permohonan di pautan berikut:



2. Muat naik Penyata Gaji atau Pengesahan Pendapatan di ruangan yang disediakan.

3. Dengan klik butang “Hantar”, pemohon dengan ini dianggap bersetuju dengan terma dan syarat permohonan serta terma perkhidmatan laman web WEZAS UPSI. 


WEZAS memandang serius akan segala salah laku permohonan seperti pemalsuan data, dokumen dan apa-apa yang dirasakan perlu dan munasabah.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman Facebook WEZAS UPSI.

Add comment