BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) bertujuan untuk membantu golongan yang bekerja sendiri atau tidak berpendapatan tetap memiliki kediaman sendiri dengan mudah. Skim Pembiayaan ini akan merealisasikan impian rakyat untuk memiliki rumah pertama.
Dengan syarat kelayakan yang sangat mudah, individu dengan pendapatan minima RM1,000 pun layak untuk mohon pembiayaan sehingga RM300,000. Nak mohon pinjaman perumahan, pastikan anda tahu ciri-ciri serta kelebihan yang ditawarkan.
MAKLUMAT PEMBIAYAAN
BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat)
Jumlah pembiayaan: RM25,000 hingga RM300,000
Margin pembiayaan: Sehingga 100% (termasuk MRTA/ MRTT & LTHOT)
Tempoh pembiayaan: Sehingga 35 tahun
SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 60 tahun
2. Pemohon individu/ Bersama
3. Mempunyai bukti bekerja sendiri
4. Pendapatan minimum RM1,000 sebulan
5. Untuk pembiayaan rumah pertama dan untuk didiami sendiri sahaja
6. Bagi pembiayaan hartanah kos rendah atau sederhana sahaja
7. Mempunyai pendapatan tetapi tidak boleh dibuktikan
8. Mempunyai keupayaan membayar balik pinjaman
9. Masih belum mengambil pinjaman perumahan dengan lain-lain institusi kewangan
10. Rumah yang dibeli adalah untuk kegunaan sendiri sahaja
11. Wajib mempunyai akaun BSN Giro/i
12. Deposit sekuriti bersamaan tiga bulan ansuran bulanan
KADAR FAEDAH
CARA PERMOHONAN
1. Kepada individu yang berminat untuk memohon pembiayaan perumahan BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) , sila buat permohonan dengan kunjungi cawangan BSN yang terdekat.
2. Sila muat turun borang permohonan yang disediakan : drive.google.com
3. Lengkapkan borang permohonan dan bawa ke cawangan BSN terdekat.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat), anda boleh hubungi pihak BSN di talian 1 300 88 1900 atau terus ke laman web www.bsn.com.my. Anda juga boleh dapatkan keterangan lanjut di cawangan BSN terdekat.
Add comment