Mediaklik

MOHON INSENTIF SEBANYAK RM400 KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA


Inisiatif Selangor Freelance menawarkan 5,000 peluang latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerjaan bebas digital sekali gus menjana pendapatan tambahan. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu merupakan kerjasama antara sebuah platform pekerja bebas terkemuka, Workana dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran pekerjaan.

Inisiatif ini merupakan komitmen kerajaan negeri menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor yang terjejas dan hilang pendapatan disebabkan Covid-19. Selangor Freelance disenaraikan bawah program pendigitalan dalam Belanjawan Negeri 2021 dengan perbelanjaan RM369 juta melalui dana negeri dan anak syarikat (GLC).


BACA JUGA : 



OBJEKTIF PROGRAM

Berikut adalah objektif pelaksanaan program Selangor Freelance:

1. Wujud kesedaran dan memberi Insentif kepada warga Selangor menyertai ekonomi gig digital

2. Berdaya saing dalam ekonomi gig

3. Meningkatkan keboleh pasaran warga Selangor

4. Menyediakan akses kepada peluang pekerjaan yang lebih baik

5. Melatih warga Selangor cara memanfaatkan ekonomi gig digital



MANFAAT PROGRAM

Melalui program Selangor Freelance, peserta akan menerima manfaat seperti berikut:


1. 5,000 peluang latihan dan kemahiran percuma untuk memanfaatkan kerja sebagai pekerja bebas serta cara menggunakan platform Workana selama 2 hari

2. Terima insentif RM400 daripada Kerajaan Negeri sebaik tamat mengikuti latihan tersebut

3. Berpeluang memohon pekerjaan bebas digital menerusi platform bekenaan




SYARAT KELAYAKAN

1. Berumur 18 tahun ke atas

2. Menetap di Selangor

3. Individu yang sudah bekerja atau belum bekerja boleh mohon



CARA DAFTAR SELANGOR FREELANCE

Kepada rakyat Selangor yang berminat untuk sertai latihan kemahiran yang ditawarkan, sila buat permohonan secara atas talian melalui pautan berikut:




Menteri Besar Selangor berharap inisiatif ini dapat memberikan warga Selangor berdaya saing untuk mendapatkan pekerjaan di platform kerja seperti Workana dan memperoleh pendapatan.

Add comment