Mediaklik

MOHON BANTUAN TUNAI SEHINGGA RM200 SEBULAN SELAMA 6 BULAN!


Menteri Besar Pahang telah memaklumkan mangsa banjir di negeri Pahang yang kehilangan kediaman dalam bencana banjir yang berlaku baru-baru ini akan menerima bantuan RM200 setiap bulan dalam tempoh yang ditetapkan bagi meringankan beban mereka.

Bantuan berkenaan akan diberikan kepada ketua isi rumah yang layak untuk digunakan bagi memulakan hidup selepas bencana itu. Kerajaan negeri kini sedang mengumpulkan data mengenai mereka yang kehilangan kediaman dalam banjir ini.





KADAR BANTUAN

Menurut kerajaan negeri, bantuan akan disalurkan kepada mangsa yang layak seperti berikut:

  • RM200 sebulan selama 6 bulan 

Kerajaan negeri akan mendapatkan data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pejabat daerah. 



SYARAT KELAYAKAN

1. Merupakan mangsa banjir

2. Mangsa banjir yang kehilangan kediaman dalam bencana banjir



CARA PERMOHONAN

1. Kepada mangsa banjir yang kehilangan rumah akibat bencana, sila buat permohonan dengan muat turun dan lengkapkan borang permohonan berikut :


2. Hantar terus ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat

3. Muat turun dokumen melalui Pengumuman di Postal Rasmi Negeri Pahang dan Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Pahang



PROSEDUR PENYALURAN BANTUAN

Berikut adalah prosedur penyaluran bantuan kerajaan negeri dan persekutuan buat mangsa-mangsa banjir di negeri Pahang:






Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, sila hubungi JPKK di daerah masing-masing.

Add comment