Mediaklik

MOHON BANTUAN SUBSIDI SEBANYAK RM150 KEPADA SETIAP ISI KELUARGA


Menurut Menteri Pengangkutan, berdasarkan statistik pada 2019, sebanyak 19% golongan yang terbabit dalam kemalangan jalan raya terdiri daripada kanak-kanak. Daripada jumlah ini, sebanyak 1,276 kes membabitkan kematian.

Bagi mencerminkan keprihatinan Kerajaan terhadap keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak, golongan B40 akan menerima subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS).

Cadangan subsidi ini akan dapat meringankan beban golongan B40 bagi membeli CRS dan pada masa yang sama dapat menjamin keselamatan golongan kanak-kanak yang juga aset masa depan negara.






TARIKH PERMOHONAN & SEMAKAN SUBSIDI CAR SEAT 2022

Berikut adalah tarikh penting permohonan dan semakan subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak 2022:

  • Tarikh permohonan: Mulai 1 Mac 2022
  • Tarikh semakan: 1 April 2022



SUBSIDI PEMBELIAN KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK 2022

Peruntukan RM30 juta oleh kerajaan yang bakal memanfaatkan 188,000 penerima dalam kalangan B40 akan diberikan seperti berikut:

  • Subsidi 50% atau maksimum RM150
  • Harga RM300 dan ke bawah – 50%
  • Harga RM301 dan ke atas – RM150






KATEGORI CRS





SYARAT KELAYAKAN

1. Penerima bantuan adalah di kalangan B40 kategori isi rumah

2. Pemohon mestilah berumur 21 tahun dan ke atas

3. Mempunyai anak/ anak angkat/ anak jagaan berumur 12 tahun dan ke bawah

4. Warganegara yang menetap di Malaysia

5. Rujukan data utama daripada penerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak LHDN

6. Data tambahan bagi kategori miskin diperoleh daripada pihak ICU berpandukan rujukan garis kemiskinan tahun 2019; dan

7. Satu keluarga hanya layak menuntut subsidi untuk satu CRS sahaja.



CARA PERMOHONAN

Ibu bapa yang memerlukan subsidi car seat yang ditawarkan, sila buat permohonan melalui laman berikut:





Pemohon yang layak boleh menebus subsidi melalui pembelian dengan penjual bertauliah yang disenaraikan di laman sesawang dengan harga rebat.


MIROS akan luluskan kedai yang mempunyai penjual terlatih dengan Child Occupant Safety Advisor atau COSA. Ini bagi memastikan pembeli diajar cara yang betul untuk pasang carseat di kereta.

Add comment