Mediaklik

MOHON BANTUAN KEWANGAN SEHINGGA RM700 KEPADA SEMUA GOLONGAN B40 DAN M40

Pihak kerajaan telah menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial (MySalam) untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Perlindungan Takaful Skim MySalam yang mula diperkenalkan pada awal Januari 2019 adalah mensasarkan golongan isi rumah dalam kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) dan kini telah diperluaskan kepada golongan M40 juga. 

Perlindungan ini meliputi 45 jenis penyakit kritikal dan kemasukan hospital hingga 14 hari setahun termasuk pesakit COVID-19 yang akan menerima manfaat hospital RM50 sehari bagi tempoh maksimum 14 hari.





MANFAAT SKIM MYSALAM

1. Pembayaran tunai dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal sebanyak :
  • RM8,000
2. Pendapatan Elaun gentian hospitalisasi harian di mana-mana Hospital Kerajaan, Hospital Tentera dan Hospital Universiti sebanyak :
  • RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun


SYARAT KELAYAKAN


MySalam layak diterima oleh;


1. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :

  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.


2. Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :

  • Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYSALAM 2021

Semakan status kelayakan boleh dilakukan melalui laman web berikut :



PROSES TUNTUTAN MYSALAM B40 2021


Terdapat dua kaedah untuk membuat tuntutan MySalam 2021 iaitu :


Tuntutan secara atas talian


2. Sekiranya anda belum mendaftar, pastikan anda klik di bahagian log masuk kali pertama untuk mendaftar. Sekiranya telah mendaftar boleh log masuk seperti biasa. Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh menghubungi talian bantuan MySalam untuk reset kata laluan anda

3. Seterusnya, kemas kini maklumat yang diminta, muat naik dokumen yang diperlukan dan klik hantar

4. Tunggu keputusan tuntutan anda



Tuntutan secara manual

1. Kunjungi mana-mana kiosk MySalam

2. Sila bawa bersama Salinan kad pengenalan, borang Annex 14&17

3. Serahkan dokumen tersebut pada pegawai bertugas untuk dimasukkan ke dalam sistem

MAKLUMAT LANJUT 


Sebarang persoalan, sila hubungi no tel mySalam seperti di bawah;

Telefon : 1-300-88-8938
Email : info@mysalam.com.my


Add comment