Mediaklik

MOHON BANTUAN KERAJAAN UNTUK SETIAP PEKERJA SELURUH MALAYSIA SEPANJANG PANDEMIK COVID-19


Sejak Program Subsidi Upah atau PSU diperkenalkan, kerajaan sudah pun membelanjakan lebih RM15 bilion bagi membantu majikan membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja. Memandangkan respons positif berhubung program ini, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion yang dijangka memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja, selama empat bulan melalui Program Subsidi Upah (PSU) 4.0. 

Pihak kerajaan menampung kos itu selama dua bulan bagi semua sektor dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh Fasa 3 PPN.






KADAR BANTUAN PSU 4.0

1. Kadar bantuan PSU 4.0 akan diberikan sebanyak :

  • RM600 setiap pekerja


2. Bayaran adalah selama tempoh 4 bulan iaitu :

  • 2 bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN
  • 2 bulan seterusnya bagi sektor-sektor dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga



SYARAT PERMOHONAN 

Syarat permohonan Program Subsidi Upah 4.0 adalah seperti berikut :

  • TIADA HAD GAJI ditetapkan
  • Majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerja yang bergaji RM4,000 ke atas
  • Seramai 500 pekerja bagi setiap majikan



CARA PERMOHONAN PSU 4.0

Kepada majikan yang ingin membuat permohonan PSU 4.0, sila ikuti langkah-langkah tersebut :


1. Sila layari laman web berikut untuk membuat permohonan : prihatin.perkeso.gov.my

2. Sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi, majikan akan menerima No. Rujukan untuk menyemak status permohonan

3. Senarai nama majikan yang diluluskan bayaran PSU 4.0 termasuk bilangan pekerja yang diluluskan, boleh disemak di : myfuturejobs.gov.my


Tan Sri Muhyiddin berkata, pengecualian levi Human Resource Development Corporation (HRD Corp) bagi tempoh dua bulan akan diberi secara automatik kepada majikan yang tidak dapat beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Add comment