Mediaklik

MOHON BANTUAN KERAJAAN SEHINGGA RM1,000 SECARA BULANAN


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata pihak kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik kebajikan dengan menaikkan kadar bantuan kanak-kanak daripada RM100 kepada RM150.

Bantuan Kebajikan Kanak-Kanak merupakan bantuan wang ringgit sebanyak RM150 sehingga RM200 sebulan yang diberikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada kanak-kanak bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam masyarakat untuk tahun 2021.






KADAR BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

Kadar bantuan kanak-kanak akan diberikan mengikut kategori iaitu :


1. Berumur 7 tahun hingga 18 tahun (kadar lama RM 100 setiap anak)
  • RM150 

2. Berumur 6 tahun & ke bawah 
  • RM200 


2. Bilangan anak melebihi 4 org/keluarga sebulan (kadar lama maksima RM 450 sahaja)

  • RM1000


SYARAT KELAYAKAN


1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia.

2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).


CARA PERMOHONAN

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa borang yang berkaitan beserta dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.


Borang Yang Berkaitan :



Dokumen Sokongan :
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Suami/Isteri/Ibu/Bapa/Anak yang tinggal bersama
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak-Anak / Ahli Keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Penyata Gaji (jika ada)


Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi pihak JKM di talian 03 – 8000 8000 atau emel di helpdesk.ebantuan@jkm.gov.my

8 comments

  • Kejap2 yg dah berumah tangga je yg dapat bantuan sana sini…macam yg bujang ni xde tangungan plak smpi ketepikan golongan bujang…kebanyakan semua bantuan di lebih yg berumah tangga…yg golongan bujang ni dah mcm x penting dibuatnye

  • Yg bru nk bernafas bru buat acc current ni pn trs dibatalkn bantuan bpr…mcm harey …tp redo dlm trpksa jgklah..hrp dlm trlps yg ni akn dtg yg blh besar rzki tuhan bagi insyallah..

  • Setuju dengan apa yang dikatakan diatas…Bujang pun Ada tanggungjawab dia yang perlu dilaksanakan..tetapi kerajaan nampak jelas tidak menghiraukan Bujang…Bujang yang Masih rakyat Malaysia yang boleh membuat perbezaan dalam semua bidang…termasuk memilih kerajaan ….mengharap bahawa kerajaan mengambil berat tentang Bujang…Bujang did negata ini ..sekian terima kasih

  • Knp Byran utk org bujang sikit sgt
    Ingat bujang takda tanggungjawap ke..hrp kerajaan akan lebih prihatin dgn golongan org bujang tak kira usia…

  • Iya…saya setuju juga dengan luahan tentang isu ini..mcm kami bujang ini tiada hak untuk minta bantuan..kadang kadang terfikir jg knp status bujang xdipandang sama rata dengan yang berkeluarga.mohon dibaca