Kerajaan Negeri Pulau Pinang ada menyediakan laman khas untuk pendaftaran bantuan khas untuk rakyat Pulau Pinang, iaitu iSejahtera. Kerajaan negeri mengumpulkan pelbagai kategori perkhidmatan kepada orang awam dan rakyat khususnya di Pulau Pinang yang memerlukan bantuan.
Antara bantuan yang disediakan adalah Program Penghargaan Warga Emas. Pendaftar yang layak akan menerima bantuan kewangan yang dibayar mengikut kategori.
KADAR BANTUAN
Pemohon yang layak akan menerima bantuan warga emas seperti berikut:
- RM150/ Setahun
SENARAI BANTUAN iSEJAHTERA
Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga menyediakan bantuan seperti berikut:
- Program Penghargaan Warga Emas
- Program Bantuan Ibu Tunggal
- Program Bantuan OKU
- Program Anak Emas
- Program Bantuan Ibu Emas
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan Program Penghargaan Warga Emas ialah :
1. Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas semasa mendaftar
2. Berdaftar di dalam Suruhanjaya PilihanRaya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang (pengundi.spr.gov.my)
CARA PENDAFTARAN
Kepada pemohon yang berminat untuk mohon bantuan iSejahtera, sila buat pendaftaran secara atas talian atau secara manual.
Secara Atas Talian
1. Sila layari laman web berikut : isejahtera.penang.gov.my
Secara Manual
1. Sila isi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma yang boleh didapati di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN/ Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR
2. Isi borang sehingga lengkap dan kembalikan borang yang disertakan bersama dokumen sokongan yang dinyatakan
Dokumen Sokongan
Salinan Kad Pengenalan pemohon
Salinan Kad Pengenalan Waris
Salinan muka depan buku bank/ penyata bank/ cetakan pengesahan akaun/ penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon
Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR (DAPATKAN DISINI)
SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN
Status Pendaftaran boleh disemak melalui :
1. Sistem iSejahtera; ATAU
2. Hubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699/5700 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing; atau
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak. Setiap pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan bagi SATU bentuk program bantuan sahaja kecuali bagi Program Anak Emas.
Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan kerajaan negeri Pulau Pinang iSejahtera, anda boleh terus ke laman web isejahtera.penang.gov.my
Add comment