Mediaklik

MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA SEBANYAK RM3,000 BERMULA HARI INI


Kerajaan komited menyediakan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang komprehensif bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negara. Mengambil kira cabaran yang dihadapi Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) yang terkesan ekoran banjir untuk memulihkan perniagaannya dan beroperasi semula, Kerajaan telah memutuskan untuk menambahbaik bantuan kepada perniagaan tersebut.

Kerajaan akan memberi geran bantuan melalui TEKUN Nasional kepada setiap perniagaan mikro dan informal yang terjejas akibat banjir dengan peruntukan disediakan sebanyak RM50 juta yang bakal memanfaatkan lebih 15,000 perniagaan mikro dan informal.






GERAN BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA TEKUN NASIONAL

Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia merupakan bantuan berbentuk geran yang diberikan kepada peniaga informal dan mikro yang mana premis perniagaan mereka terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2021 bagi memulihkan perniagaan dan beroperasi semula.


1. Perniagaan informal: Perniagaan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan (PBT).


2. Perniagaan mikro : Perniagaan yang berdaftar dengan jualan kurang daripada RM300,000 setahun atau bilangan pekerja kurang daripada 5 orang.




KADAR BANTUAN

Kadar bantuan geran akan diberikan secara one off iaitu 

  • sebanyak RM3,000 



SYARAT KELAYAKAN

1. Berumur 18 tahun dan ke atas

2. Terbuka kepada warganegara Malaysia tanpa mengira kaum

3. Bukan usahawan TEKUN juga layak mohon

4. Premis perniagaan (termasuk menjalankan perniagaan di rumah) yang terlibat dengan banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022 sahaja

5. Premis perniagaan yang terputus hubungan tapi tidak terlibat dengan banjir adalah TIDAK LAYAK

6. Rumah kediaman terjejas akibat banjir adalah TIDAK LAYAK

7. Usahawan TEKUN dan AIM tidak perlu mengisi borang Google Form



CARA PERMOHONAN

Kepada individu yang merupakan usahawan informal atau mikro yang terjejas akibat banjir, sila buat permohonan dengan mengisi borang permohonan online di pautan berikut:



Dokumen Sokongan :

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Penyata Bank individu
  • Salah satu daripada laporan berikut:
  • Laporan Polis/ Bomba/ NADMA/ Agensi MEDAC/ Pemimpin Tempatan/ Penghulu/ Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)/ Ketua Kaum (Sabah dan Sarawak)/ Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil/ Dewan Perniagaan


Proses kelulusan adalah dalam masa 7 hari bekerja selepas menerima permohonan lengkap. Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia adalah terbuka sepanjang masa dan tertakluk kepada baki dana.


Usahawan TEKUN sedia ada dan juga merupakan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang terlibat dengan banjir tidak perlu mengisi borang permohonan ini. Permohonan anda akan dibuat melalui Pejabat Cawangan TEKUN dan AIM masing-masing.


Untuk maklumat lengkap Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara, anda boleh layari laman rasmi TEKUN di www.tekun.gov.my.


Add comment