Mediaklik

MOHON BANTUAN COVID-19 SEBANYAK RM300 SECARA ONE OFF


Kerajaan Sabah telah mengumumkan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 COVID-19 berjumlah RM154,835,981 juta membabitkan bantuan tunai one-off RM300 dan bakul makanan bagi membantu rakyat terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, bermula 1 Jun lalu.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata antara bantuan itu ialah bayaran RM300 sekali beri yang akan memanfaatkan 370,432 penerima dan akan diagih tidak lama lagi kepada kumpulan sasaran melalui lapan kementerian di negeri itu selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.







KADAR BANTUAN


Kadar bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak :

  • RM300 secara one off


TARIKH PEMBAYARAN

Bantuan akan diagihkan dalam masa terdekat ini



KUMPULAN SASARAN

Kumpulan yang akan menerima bayaran itu antaranya ialah :

  • Penerima e-Kasih
  • Miskin tegar
  • Miskin
  • Anak yatim
  • Warga emas
  • Ibu tunggal
  • Petani
  • Orang kurang upaya (OKU)
  • Pemandu pelancong
  • Pemandu teksi
  • Penjaja kecil 
  • Usahawan mikro dan kotej.



CARA PERMOHONAN
Sila layari laman web berikut untuk membuat permohonan Bantuan Prihatin Covid-19 3.0 :

Dengan penambahan bantuan 3.0 ini, secara keseluruhannya sejumlah RM358,838,800 juta termasuk bantuan awal (bantuan 1.0 dan 2.0) telah dan akan diagihkan kepada rakyat yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik ini. Kerajaan berharap bantuan ini (Bantuan Sabah Prihatin 3.0) akan membantu meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik ini.

Add comment