Mediaklik

MOHON BANTUAN BANJIR SEBANYAK RM600 KEPADA SETIAP KELUARGA TERJEJAS AKIBAT BANJIR


Pihak Zakat Selangor akan memberi bantuan banjir melalui Bantuan LZSPeduli. Bantuan LZSPeduli atau Lembaga Zakat Selangor Peduli merupakan bantuan one-off kepada ketua keluarga terjejas akibat banjir. Setiap rumah kediaman yang layak boleh buat satu permohonan.

Bantuan ini adalah disasarkan kepada semua mangsa banjir di Selangor yang terjejas dari segi tempat tinggal dan harta benda bagi membantu mengurangkan beban kewangan mangsa. 



KADAR BANTUAN BANJIR ZAKAT SELANGOR

Zakat Selangor menawarkan bantuan tunai kepada mangsa banjir di Selangor sebanyak:

  • RM600


TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan bantuan banjir oleh LZS boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 23 Disember hingga 30 Disember 2021


SYARAT KELAYAKAN

1. Individu beragama Islam

2. Warganegara Malaysia atau penduduk tetap

3. Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga tahun



CARA PERMOHONAN

Kepada rakyat yang memerlukan bantuan yang ditawarkan oleh LZS, sila buat permohonan bantuan secara online di Portal LZSPeduli melalui pautan berikut:



Dokumen Sokongan

  • Laporan Polis (berkaitan bencana) ATAU
  • Pengesahan Ketua Masyarakat

Status permohonan Bantuan Bencana LSZ boleh disemak melalui pautan Sistem ezo.zakatselangor.com.my/ Pembayaran dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan dalam portal.



KAEDAH PEMBAYARAN

Kaedah bayaran dibuat melalui kaedah bayaran terus ke akaun pemohon. Dengan itu, pemohon dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:-

  • Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
  • Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
  • Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas

Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank akan dipertimbangkan menggunakan kaedah bayaran secara tunai, baucer tunai atau pembayaran terus ke pihak ketiga, sila berhubung dengan pegawai operasi agihan daerah atau penolong amil kariah berhampiran.


Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan bantuan oleh LZSPeduli, anda boleh hubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343 atau terus ke laman web rasmi zakatselangor.com.

Add comment