Mediaklik

KINI DIBUKA : PERMOHONAN SKIM BANTUAN AM PERSEKOLAHAN BAITULMAL MAIWP 2021

 

Permohonan Dibuka. Permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal 2021 MAIWP akan mula dibuka bermula pada 21 Januari hingga 26 Februari 2021. Permohonan ini hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia dan tertakluk kepada syarat permohonan yang telah ditetapkan.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah membuka permohonan Skim Zakat Bantuan Am Persekolahan Baitulmal dengan tujuan untuk membantu anak-anak asnaf bagi peringkat sekolah rendah dan menengah untuk membayar yuran dan keperluan pelajaran.

Berikut dikongsikan maklumat lebih lanjut berkaitan bantuan ini :

SYARAT KELAYAKAN UMUM

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan 
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah. (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Borang Permohonan – (Borang)

2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan) 

3. Satu salinan kad pengenalan:

   – Pemohon

   – Suami 

   – Isteri

   – Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Untuk anak angkat, perlu disertakan       bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendafaran Negara atau disertakan bersama akuan   sumpah penjagaan. (Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan)

4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO. Bagi yang tidak mempunyai slip gaji, anda perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. (Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan)

5. Bagi di Labuan, pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mendapatkan tandatangan serta pengesahan pendapatan suami isteri daripada ketua kampung. 

6. Satu salinan muka depan buku Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) tanpa kad / akaun bersama pelajar sekolah rendah / buku akaun persendirian bagi pelajar sekolah menengah. 

7. Satu salinan bil utiliti / cukai pintu rumah yang didiami. 

LAIN-LAIN DOKUMEN (SEKIRANYA BERKAITAN)

  1. Keluarga Bercerai : Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
  2. Ahli Keluarga Telah Meninggal Dunia : Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
  3. Saudara Baru : Satu salinan kad memeluk islam.
  4. Orang Kelainan Upaya : Salinan kad orang kelainan upaya (OKU)
  5. Penghidap Sakit Kronik : Surat pengesahan sakit kronik daripada hospital kerajaan sahaja.
  6. Sedang Mengikuti Pengajian Di IPT : Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar. 
  7. Keluarga Bermasalah : Satu salinan laporan polis / surat penjara.
  8. Muflis : Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberi sedikit sebanyak kemudahan untuk anda membuat permohonan Bantuan Zakat Am Persekolahan.

Add comment