Mediaklik

JAWATAN TERKINI : PERMOHONAN JAWATAN GURU SAMBILAN MRSM MARA KINI DIBUKA | MOHON SEKARANG!




JAWATAN KOSONG, Guru Maktab Rendah Sains Mara MRSM kini dibuka untuk ambilan tahun 2021. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kekosongan yang ditawarkan. Ambilan khas ini dibuka sehingga Februari 2021.


Berikut adalah maklumat lanjut mengenai jawatan kekosongan yang ditawarkan :



MAKLUMAT JAWATAN 

  • Jawatan : Guru Biologi Gred DC 41
  • Gaji : RM100.00 Sehari
  • Kumpulan : Perkhidmatan Pengurusan & Profesional
  • Tempat : Maktab Rendah Sains MARA Baling, Kedah
  • Taraf Jawatan : Sambilan

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tempatan atau lain-lain kelayakan perguruan yang setaraf.
  • Kepujian Bahasa Melayu/Malaysia (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
  • Calon-calon yang mempunyai pengalaman mengajar pelajar-pelajar sekolah menengah akan diberi keutamaan

CARA MEMOHON


Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan melampirkan RESUME yang mengandungi maklumat-maklumat yang berikut:

  • Nama jawatan yang dipohon
  • Butir-butir peribadi beserta gambar terbaru
  • No.Telefon/Emel
  • Butir-butir Akademik
  • Pengalaman Kerja


Salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  • Sekeping gambar terbaru berukuran pasport
  • Salinan sijil kelahiran
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan ijazah/diploma/sijil-sijil kelulusan yang berkaitan


Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :


Pengetua,
Maktab Rendah Sains MARA Baling,
Kg.Sera, Mukim Pulai,
09100 Baling Kedah Durahman

No. Tel : 04-470 2882/ 470 2884
No Fax : 05-377504



Sila hantar permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 1 Februari 2021 bersamaan hari isnin. Kepada pemohon yang mempunyai kelayakan dengan jawatan yang berkaitan sahaja akan dipanggil untuk hadir ke sesi temuduga.

Add comment