Jawatan Terkini. Tawaran ini adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi permohonan kekosongan jawatan di Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).
Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan, sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon.
Akan dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan tawaran kekosongan jawatan dibawah.
MAKLUMAT JAWATAN
1. Jurutera (Kontrak), Bahagian Penghantaran.
2. Jurutera Elektrik (Kontrak), Bahagian Penghantaran.
3. Tukang Kontrak.
Nama Majikan : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)
Tarikh Tutup Permohonan : 04 Mac 2021
SYARAT KELAYAKAN
Jurutera (Kontrak) dan Jurutera Elektrik (Kontrak)
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Wajib berdaftar dengan Board of Engineer Malaysia (BEM)
- Kelebihan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan dan memiliki perakuan professional/kekompetenan yang diiktiraf
Tukang Kontrak
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan
- Sihat tubuh badan dan memiliki BMI normal
- Tidak rabun warna
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Memiliki perakuan kekompetenan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya Penjaga Jentera Elektrik Kategori A1
- Boleh bekerja secara berpasukan
- Mempunyai kemahiran asas komputer adalah satu kelebihan
- Bersedia ditempatkan atau dipindahkan di mana-mana lokasi/daerah
CARA MEMOHON
1. Kepada yang berminat untuk mengisi permohonan kekosongan jawatan di SESB, sila layari laman web berikut:
2. Anda perlu berdaftar sebagai pemohon di dalam sistem eRecruit sekiranya anda ingin memohon kekosongan jawatan yang diiklankan.
3. Sekiranya anda merupakan pemohon yang telah berdaftar, sila Log Masuk ke dalam sistem.
Pemohon adalah di nasihatkan untuk membuat semakan status permohonan dari semasa ke semasa selepas tarikh tutup iklan. Pemohon yang disenarai pendek untuk proses temuduga akan dimaklumkan melalui emel yang didaftarkan.
Jika memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi Pentadbir sistem eRecruit melalui :
E-mel : erecruit@sesb.com.my
Talian Tetap : 088-282 288 / 088-282 714 / 088-282221.
Add comment