Mediaklik

JAWATAN TERKINI : JAWATAN KOSONG JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA 2021 | KELAYAKAN MINIMA SPM!


Jawatan Terkini. Tawaran ini adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi permohonan kekosongan jawatan di Jabatan Imigresen Malaysia 2021. 

Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan, sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon.

Akan dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan tawaran kekosongan jawatan dibawah.






MAKLUMAT JAWATAN

Pegawai Imigresen KP19

Jumlah Kekosongan: 230 Kekosongan & 250 Simpanan
Tarikh tutup permohonan: 9 Januari 2022



SYARAT KELAYAKAN

1. warganegara Malaysia; dan

2. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00) atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40) atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80)



Calon mestilah memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

4. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.



CARA BUAT PERMOHONAN


Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my

Sila daftar terlebih dahulu sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9.


Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon


Langkah 3

Pilih jawatan di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 


Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya


Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.


Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.


SEMOGA BERJAYA!

Add comment