Mediaklik

JAWATAN TERKINI : JAWATAN KOSONG JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA | MOHON SEKARANG!


Jawatan Terkini. Tawaran ini adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi permohonan kekosongan jawatan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia 2021.

Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan, sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon.

Akan dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan tawaran kekosongan jawatan dibawah.






MAKLUMAT JAWATAN 

Pegawai Bomba Bantuan

Kelayakan : Minima PMR
Tarikh Tutup Permohonan : 26 Mac 2021



SENARAI ELAUN

  • Elaun Kehadiran Bertugas
  • Elaun Penyelenggaraan Pakaian
  • Elaun Bounty


SYARAT LANTIKAN

Calon hendaklah memiliki kelayakan-kelayakan seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia

2. Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan dibawah mana-mana undang bertulis

3. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan

4. Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah

5. Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa

6. Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam lingkungan daripada balai

7. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :

    • Tinggi 157cm ke atas (lelaki) & 153cm ke atas (wanita).
    • Berat badan 48kg ke atas (lelaki) & 46kg ke atas (wanita).
    • Penglihatan yang baik.
    • Diperakui sihat.
    • Tidak buta warna & tidak pekak.
    • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar



CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PBB3 yang boleh didapati di :

  • Muat turun borang di laman web bomba.gov.my
  • Balai-Balai yang diiklankan atau laman Facebook Bomba Perak

2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan :
  • Sekeping gambar terbaru berukuran passport
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil PMR atau setaraf serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.

3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :

Ibu Pejabat
Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia
Negeri Perak
Persiaran Meru Utama
Bandar Meru Raya
30020 Ipoh
Perak



IKLAN RASMI JAWATAN 



Add comment