Mediaklik

JAWATAN TERKINI : JAWATAN KOSONG JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA | MINIMA PMR!


Jawatan Terkini. Tawaran ini adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi permohonan kekosongan jawatan di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan, sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon.

Akan dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan tawaran kekosongan jawatan dibawah.






MAKLUMAT JAWATAN

Pegawai Bomba Bantuan


Nama Balai: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Pulau Pinang
Tarikh tutup: 30 Januari 2022




KADAR ELAUN

Elaun disediakan kepada Pegawai Bomba Bantuan dengan kadar:

  • RM8.00 sejam


SYARAT KELAYAKAN


1. Warganegara Malaysia

2. Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis

3. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan

4. Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah

5. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m tanpa bersepatu
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg
  • Mempunyai penglihatan yang baik
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar

6. Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa

7. Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam lingkungan 5 km dari balai atau boleh sampai dalam masa 5 minit ke Balai



CARA PERMOHONAN

Permohonan hendaklah menggunakan Borang PBB 3 yang boleh didapati dari Balai-balai yang diiklankan atau borang yang dikongsikan di bawah :



Semua permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang telah disahkan berikut:

  • Sekeping gambar terbaru berukuran passport
  • Notis kebenaran daripada majikan
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil-Sijil persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan


Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan bersama dokumen  di atas kepada:

Ibu Pejabat
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Negeri Pulau Pinang
Jalan Batu Kawan
14100 Simpang Ampat
Pulau Pinang
(U/P Bahagian Operasi)

Atau

Mana-mana balai bomba di negeri Pulau Pinang



MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan tawaran jawatan Pegawai Bomba Bantuan, anda boleh terus ke balai yang dinyatakan di atas.



Add comment